Mereka yang kutuk entah-entah tak bunyi langsung lagu Dawai - Sharifah Zarina - Utusan Malaysia

Mereka yang kutuk entah-entah tak bunyi langsung lagu Dawai – Sharifah Zarina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penyanyi, Sharifah Zarina, 42, berharap masyarakat tidak membandingkan persembahannya di Konsert Ini Baru Bintang yang disiarkan di saluran RTM baru-baru ini dengan penyanyi undangan lain.

Akui Zarina, dia sudah lama tidak menyanyi di hadapan khalayak ramai dan merasakan wajar jika persembahannya menyanyikan lagu Dawai dan Langit Ketujuh tidak cukup menyengat di mata warganet.

“Semua orang tahu saya sudah lama tidak menyanyi dan pada asalnya tiada niat pun untuk buat kemunculan semula.

“Kali terakhir saya menyanyi adalah menerusi sebuah persembahan pada tahun 2019. Jadi warganet janganlah harapkan saya nyanyi macam nak masuk pertandingan atau bandingkan nyanyian saya dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang aktif di pentas seni.

“Saya terima undangan daripada RTM kerana menghargai mereka. Niat saya untuk menghiburkan mereka yang datang, itu sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Menurut Zarina, demi memenuhi undangan penganjur, dia malah sanggup membeli mikrofon baharu dan mengambil kelas vokal.

“Walaupun saya nak berhibur tapi saya juga buat persediaan sebelum membuat persembahan. Saya beli mikrofon baru dan lantik guru vokal.

“Saya ambil empat kelas vokal. Jiran saya pun terkejut sebab saya sudah lama tidak menyanyi. Usaha memang ada tapi itulah, orang hanya tahu mengecam,” katanya.

Dalam pada itu, meskipun persembahannya dikecam teruk, penyanyi lagu Langit Ketujuh itu berpuas hati dengan persembahannya tempoh hari.

“Saya berpuas hati dengan persembahan saya. Pada umur begini, saya masih boleh tarik nada tinggi lagi.
Buruk sangatkah saya nyanyi? setidaknya orang masih tahu itu lagu Dawai.

“Cuba kalau yang kutuk itu kita suruh nyanyi. Entah-entah tak berbunyi langsung nada lagu Dawai,” katanya berseloroh.

Terdahulu, Sharifah Zarina dikritik teruk kerana dikatakan gagal membawakan lagu Dawai yang merupakan runut bunyi filem Air Mata Di Ujung Sajadah semasa Konsert Ini Baru Bintang anjuran RTM pada Sabtu.
Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya