Dilantik Timbalan Ketua Biro Perfileman, Mawi fokus bakat generasi muda - Utusan Malaysia

Dilantik Timbalan Ketua Biro Perfileman, Mawi fokus bakat generasi muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penyampai radio dan penyanyi, Mawi, bakal memberi fokus kepada pembangunan bakat muda negeri Johor untuk memeriahkan industri lakon layar tanah air.

Mawi atau Asmawi Ani, 42, berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Ketua Biro Perfileman dan Dokumentari Dewan Teraju Usahawan & Peniaga Bumiputera Negeri Johor (DTUDPBNJ) berkuat kuasa Jumaat lalu.

“Zaman ini kita hidup dalam era digital dengan kecanggihan media sosial. Jika mahu hasilkan filem pendek, guna telefon sahaja pun boleh.

“Ramai yang sudah hasilkan kandungan ala-ala filem pendek di media sosial. Bakat inilah yang perlu kita kembangkan.

“Dengan pengalaman lebih sepuluh tahun dalam industri hiburan dan menghasilkan beberapa naskhah filem dan dokumentari, saya gembira untuk berkongsi ilmu saya dengan anak-anak Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Mawi, dia bakal pulang ke Johor dalam masa terdekat untuk menyusun strategi dan program berkaitan pembangunan filem.

“Saya akan pulang ke Johor dan kami akan adakan mensyuarat untuk merangka program-program berkaitan dengan lebih jelas.

“Gambarannya sudah ada, mungkin kami bakal anjurkan bengkel atau kelas pemula untuk mereka yang berminat menceburkan diri dalam bidang ini,” tambahnya lagi.

Dewan Teraju Usahawan & Peniaga Bumiputera Negeri Johor merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dengan misi untuk membantu usahawan bumiputera negeri Johor.

DTUDPBNJ diasaskan oleh Syed Abdul Hamid Alhabshee pada November tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN