Saya sudah hilang hormat pada abang, Sharnaaz selar Azhar Sulaiman - Utusan Malaysia

Saya sudah hilang hormat pada abang, Sharnaaz selar Azhar Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kecewa dengan komen pelakon senior, Azhar Sulaiman, yang mempertikai strategi pejuang Hamas di Palestin, Sharnaaz Ahmad, 38, mengakui sudah hilang rasa hormat terhadap aktor berusia 52 tahun tersebut.

Menurut Sharnaaz, dia sering memerhati pelakon senior tersebut melemparkan pandangan tentang sebarang isu semasa di media sosial.

Namun berkenaan isu Palestin-Israel, kata Sharnaaz, pandangan yang dibuat oleh Azhar seolah-olah tidak cerdik selain menyamakannya dengan komen ‘budak-budak Tik Tok’.

“Apa maksud abang? Saya perhati setiap mesej abang. Mereka (Hamas) berjuang untuk agama. Kita tekan telefon dan menilai strategi mereka? Saya cukup hormati abang dan akan selalu begitu.

“Tetapi tolong beri sokongan dan doa, itu pun dah cukup. Apa maksud abang fakta bahawa Israel tak akan kalah sehingga Imam Mahdi sampai dalam hayat ini? Macam mana abang tahu? Percayalah sebab kita tak tahu pengakhiran kita.

“Hanya Islam yang boleh pertahankan Islam sekarang ini. Cara abang cakap seolah-olah menyalahkan Hamas. Apa dah jadi dengan abang? Bunyi macam ‘budak-budak Tik Tok. Abang seorang yang bijak dan terpelajat. Jadilah seorang Muslim dan pertahankan hak orang Islam,”katanya.

Sharnaaz berkata demikian ketika membalas pandangan Azhar di ruangan komen Instagram pelakon filem Abang 92 dan Impian itu, malam tadi.

Selain itu, kata Sharnaaz, pejuang Hamas baginya berani kerana mempertahankan agama dan negara yang belum tentu menyaksikan rakyat Malaysia sanggup berbuat demikian.

“Hamas bijak atau tidak, mereka yang angkat senjata dan pertahankan tanah air mereka. Kita? Belum tentu kita mampu bila musuh 1000 kali ganda lebih kuat daripada kita.

“Pincang strategi bila kecut perut dengan musih. Tolong ada sedikit keyakinan untuk Hamas dan Al-Qassam,”katanya.

Tambah Sharnaaz lagi, dia percaya rakyat Palestin yang terkorban di negara itu sentiasa menyokong perjuangan Hamas.

“Mereka lakukan semua itu demi tanah air mereka. Apa yang awak akan buat? Mereka buat demi Islam, apa pula yang awak buat? Semua yang mati di Palestin, sentiasa bersama Hamas.

“Mereka tahu Hamas dan Al-Qassam berjuanh demi mereka. Jika abang tegas dengan pendapat sendiri, saya juga tetap dengan pendirian dan pandangan saya,”katanya.

Terdahulu, Azhar membuat satu hantaran di Instagramnya dan menyentuh mengenai isu pergolakan yang berlaku di Palestin.

Azhar memberi pandangan bahawa ketua Hamas tidak mempunyai kebijaksanaan seperti panglima perang Islam dahulu.

“Lepas berjaya membuat serangan mengejut terhadap Israel, selepas itu apa? Buat apa pergi berperang bila tiada strategi untuk meneruskan perjuangan lepas gelombang pertama serangan dilakukan?

“Kejarlah kematian syahid dengan kebijaksanaan dan bukan dengan kedangkalan atau bersikap pentingkan diri. Nak mati syahid tapi rakyat Palestin jadi mangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN