Ramai wanita ajak saya kahwin, janda pun ada - Adam Shahz - Utusan Malaysia

Ramai wanita ajak saya kahwin, janda pun ada – Adam Shahz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Adam Shahz mendedahkan, hampir setiap hari dirinya menerima mesej di Instagram daripada ramai wanita termasuk golongan janda yang mengajaknya berkahwin.

Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, berkata, sejak menggalas status duda lima tahun lalu, pelbagai ragam mesej daripada golongan wanita yang diterimanya.

Bagaimanapun, kata Adam, untuk mendirikan rumah tangga pada waktu ini mungkin mustahil bagi dirinya memandangkan dia berhasrat mahu berbakti kepada ibunya dahulu iaitu Rokiah Leman yang kini berusia 62 tahun.

“Kahwin? Nak kata serik itu tidaklah. Sebagai seorang lelaki, saya mestilah mempunyai keinginan untuk berkahwin. Cuma ada banyak lagi perkara yang perlu saya berikan perhatian.

“Sekarang saya mahu fokus pada keluarga dan menjaga ibu yang tidak berapa sihat di kampung,” katanya.

Kongsi Adam lagi, dia tidak serik untuk berkahwin lagi namun tidak berasa terburu-buru untuk merealisasikan perkara itu meskipun kini mengakui, sedang mengenali seseorang.

“Berkawan dengan seseorang itu ada. Cuma saya ada banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian,” katanya yang mengelak untuk berkahwin dengan wanita berstatus selebriti.

Dalam pada itu, pelakon drama Juvana itu mengakui ada menerima banyak mesej daripada wanita tidak dikenali, termasuk berstatus ibu tunggal yang mengajaknya untuk berkenalan dan berkahwin.

Namun, Adam mengambil pendekatan untuk tidak melayan mesej-mesej sebegitu kerana tidak mahu berpanjangan.

“Selama menjadi duda dan bapa tunggal ini, saya tidak pernah dipandang sinis, tetapi orang asyik nak ‘try’ (cuba). Kalau tengok mesej dalam Instagram yang saya terima, memang banyak (ajak berkahwin).

“Malah ada yang ajak saya berkahwin selepas mendakwa ‘bertemu’ dalam mimpi. Tidak kurang juga ada yang menyifatkan saya sebagai pasangan yang secocok dengan mereka kerana sama-sama melalui kisah hidup yang hampir serupa.

“Nak balas mesej daripada orang yang saya kenal dalam Instagram pun jadi tidak selesa. Sebab kalau saya buka (mesej), takut mereka yang hantar mesej pada saya tahu saya sedang ‘online’. Sudahnya saya akan pandang sahaja kiriman itu tanpa membalasnya,” ujarnya.

Terdahulu, Adam pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fatin Afeefa pada 2013 dan sah bercerai pada 2017. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 8.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN