Kami berdua sudah ada kehidupan masing-masing - Noor Nabila - Utusan Malaysia

Kami berdua sudah ada kehidupan masing-masing – Noor Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Usahawan yang juga kakak kepada Noor Neelofa, Noor Nabila, meminta supaya para pengikut dan golongan netizen berhenti menaruh harapan untuk menyaksikan dirinya dan Sharnaaz Ahmad kembali bersatu sebagai suami isteri.

Menurut Nabila, keadaan itu tidak mungkin akan berlaku memandangkan dia dan bekas suaminya itu, masing-masing sudah mempunyai jalan kehidupan sendiri.

“Kamu semua doa untuk anak kita saja yang baik-baik. Itu dah cukup untuk kita berdua. Untuk kami berdua, kita dua dah ada kehidupan masing-masing.

“Okay peace yall, komen yang baik-baik saja okay,” katanya dalam satu komen yang ditinggalkan di Instagram.

Terdahulu, satu hantaran video telah dibuat oleh Sharnaaz bersama Nabila di Instagram yang turut memaparkan anak mereka, Jebat Jayden sambil mempromosikan sebuah jenama makanan.

Perkongsian itu bagaimanapun menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menyifatkan kedua-dua mereka wajar kembali bersama sebagai suami dan isteri.

Menerusi komen balas, tinjauan Utusan Malaysia mendapati netizen menghormati apa yang dikatakan Nabila dan memuji mereka berdua kerana menjalinkan hubungan baik demi anak.

Untuk info, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 namun mereka bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN