Biarlah urusan tertentu kekal dalam keluarga sahaja - Shila Amzah - Utusan Malaysia

Biarlah urusan tertentu kekal dalam keluarga sahaja – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penyanyi, Shila Amzah menyindir adiknya, Syada Amzah, supaya tidak terlalu terbuka berkongsi kisah keluarga selain memberi gambaran adiknya itu bakal dihalau keluar dari rumah keluarga mereka.

Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah dalam satu kenyataan di Instagram, meluahkan agar adiknya itu tidak mengejar sensasi dan kemahsyuran dengan ‘menjual’ cerita keluarga kepada umum.

“Biarlah urusan tertentu kekal dalam keluarga sahaja.

“Jangan kejar tajuk berita untuk mendapatkan populariti semata-mata,”katanya.

Semalam, bekas peserta Big Stage dua itu menuai tanda tanya ramai apabila memberi gambaran seolah-olah bakal dihalau dari rumah selepas bertanyakan tentang rumah untuk disewa.

Tidak terhenti di situ, Syada turut memuat naik satu lagi hantaran dengan mendakwa individu tidak dikenali datang untuk melihat kediaman yang menjadi tempatnya dan ibu tersayang, Fauziah Sarman berlindung selama ini.

Dalam pada itu, setakat ini, Syada masih belum memberi sebarang komen berhubung kenyataan kakaknya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN