Penerbit filem Syaitan Munafik tepis pandangan negatif - Utusan Malaysia

Penerbit filem Syaitan Munafik tepis pandangan negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur : Penerbit Filem Syaitan Munafik, Datuk Mohd Rusdi Shair, tidak menolak bahawa terdapat beberapa pandangan skeptikal mengenai tindakannya untuk meneruskan penghasilan filem Syaitan Munafik meskipun naskhah tersebut disifatkan sebagai sudah terlalu lama ‘diperam’.

Menurut Mohd Rusdi, dia enggan mengambil pusing dengan kata-kata negatif yang bertebaran selain berbangga dengan progres filem tersebut yang kini sudah siap sepenuhnya dan menanti tarikh tayangan meskipun tertunda selama 13 tahun.

“Sudah tentunya saya berasa bersyukur dan terharu dengan penghasilan Filem ini, kerana selama ini terlalu banyak cabaran dan rintangan untuk menyiapkan pembikinan Filem ini dan mengambil masa yang lama untuk memperbaiki, dan prosesnya sangat teliti.

“Bukan mudah hendak melaksanakan tugasan memperbaiki dan menambah baik kerja yang lama untuk mendapatkan kualiti warna dan plot yang lebih baik dan menarik dibantu dengan teknik Imej Janaan Komputer (CGI).

“Mengenai soalan atau pandangan negatif, saya tidak kisah jika ada yang hendak memperkecilkan usaha saya dengan kata-kata nista dan sebagainya, apa yang saya inginkan adalah kualiti.

“Saya akan teruskan usaha saya bersama team dan saya yakin Filem ini akan diterima ramai. Filem ini juga bakal ditayangkan Serentak inshaallah pada September 2023 di pawagam Malaysia,Singapore,Brunei,Indonesia dan FilipIina,”katanya.

Menurut Mohd Rusdi, dia juga tidak berkecil hati dengan pandangan negatif yang dilemparkan kepadanya sepanjang meneruskan usaha tersebut.

“Jika org nak memperkecilkan usaha saya terpulanglah, itu urusan mereka. Saya akan teruskan usaha saya bersama team,”katanya ketika ditemui di Hotel Seri Pacific, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Mohd Rusdi turut memperkenalkan pelakon baharu yang terlibat dengan filem tersebut iaitu Bandi Amuk, Wom UG14, Reedzwan, ERIN CTJ, Affie Rania, Adia dan Siti Khadijah.

Selain itu, pada majlis yang sama, satu sesi penyerahan memorandum persefahaman kerjasama turut diadakan antara pihak UNC kepada Pengerusi P3K, Dr Noor Haliza Yussoff.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Prof Dr. MD Nasir Ibrahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya