Lewat hantar bahan drama punca Awesome TV saman Pencil Pictures - Utusan Malaysia

Lewat hantar bahan drama punca Awesome TV saman Pencil Pictures

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Gagal memenuhi syarat kontrak penerbitan drama menjadi antara punca utama stesen televisyen swasta, Awesome TV, bertindak memfailkan saman terhadap penerbit produksi Pencil Pictures Sdn Bhd, Datuk Ayu Puteh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adam Ilyas, berdasarkan perjanjian awal, Ayu perlu menyiapkan 28 episod sebuah drama bersiri berjudul Di Sebalik Dia untuk siaran Awesome TV namun gagal melunaskan baki 2 episod lagi.

“Ingin dijelaskan bahawa pihak kami telah terlebih dahulu memfailkan tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran terhadap syarikat terbabit berjumlah RM162,192,000 pada Januari lalu.

“Ini susulan kegagalan pihak Pencil Pictures untuk memenuhi syarat kontrak penerbitan sebuah drama bersiri tersebut yang keseluruhannya berjumlah 28 episod bersama Awesome TV. bagaimanapun mereka hanya menyiapkan 26 daripada 28 episod yang dijanjikan.

“Dua lagi episod gagal disempurnakan pihak mereka manakala kesemua 26 episod yang disiapkan dihantar lewat kepada pihak Awesome TV dan tidak mengikut tarikh yang dipersetujui,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu,Ayu Puteh pada 10 Mac telah mengeluarkan kenyataan di media bahawa pihaknya telah memfailkan saman terhadap stesen Awesome TV selepas menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran.

Dalam pada itu, tambah Adam, ketidakpatuhan kepada syarat-syarat kontrak tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak Awesome TV.

Katanya, ia termasuk terpaksa membuat penjadualan semula program secara drastik.

“Kelewatan pihak produksi itu juga telah mengakibatkan pelbagai komplikasi dengan pihak pengiklan Awesome TV. Kami tidak mempunyai pilihan selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Pencil Pictures Sdn Bhd pada Januari mengikut terma kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Kami juga menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada proses perundangan untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.