Teka-teki status hubungan, tunggu pengumuman kami nanti - Dini Schatzmann - Utusan Malaysia

Teka-teki status hubungan, tunggu pengumuman kami nanti – Dini Schatzmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Masih meninggalkan teka-teki mengenai status hubungannya dengan selebriti popular, Janna Nick, pelakon, Dini Schatzmann, mengakui akan membuat satu pengumuman bersama aktres tersebut dalam masa terdekat.

Tidak memaklumkan sama ada ia merupakan berita baik atau sebaliknya, Dini atau nama sebenarnya Dini Azan Schatzmann, bagaimanapun meminta semua pihak bertenang dahulu buat masa ini.

“Saya memang tak boleh berikan sebarang kenyataan. Tetapi apa yang boleh dikatakan, saya dan Janna ada satu berita penting yang akan dikongsikan dengan semua orang.

“Ya, ia mengenai hal peribadi. Bukan sengaja nak ambil masa lama untuk maklumkan. Tetapi kerana belum ada masa yang betul-betul sesuai untuk kami beritahu.

“Insya-Allah, akan dimaklumkan dalam masa terdekat,”katanya.

Dini berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini,semalam.

Selain itu, ketika ditanya sama ada hubungannya dengan penyanyi lagu Gatal itu benar-benar dingin kerana perbalahan, Dini bagaimanapun menafikan perkara itu.

“Tak adalah gaduh pasal apa… Kami lebih selesa menjalani kehidupan ini dengan positif.
Hubungan saya dengannya baik, tak ada gaduh.

“Kami sentiasa ada untuk diri masing-masing. Kami masih bekerjasama, jalani penggambaran bersama.

“Malah, saya juga masih bernaung di bawah syarikat pengurusan JN Studios & Entertainment, tak ada apa-apa masalah,”katanya.

Untuk info, Janna dan Dini mula menjalin hubungan cinta sekitar Julai 2018 semasa sama-sama sedang menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku.

Bagaimanapun, sekitar November lalu, timbul spekulasi bahawa hubungan mereka dikatakan sudah berakhir dengan masing-masing didakwa membawa haluan sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya