Pengaruh Korea dorong Ahmad Idham teroka dunia bakeri - Utusan Malaysia

Pengaruh Korea dorong Ahmad Idham teroka dunia bakeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah, Dr. Ahmad Idham Nadzri mengakui, kekuatan pengaruh industri seni, pelancongan dan makanan dari Korea Selatan menjadi antara faktor membuatkan dia berani meneroka perniagaan bakeri.

Menurut Idham, menerusi usaha sama yang terjalin dengan rakan kongsinya, Kwon Nam Cheol, dia yakin perniagaan kafe Jeju Bakery & Bagels mampu mendapat sambutan, terutama daripada peminat makanan Korea.

“Selepas mengasaskan akademi filem, hab pendidikan khas, bergelar aktivis kemasyarakatan dan politik, saya kini mahu terokai pula bidang perniagaan bakeri.

“Umum tahu, produk dari Korea Selatan sentiasa mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kerana kualiti, keistimewaan serta populariti.

“Memandangkan saya sering berurusan dengan Kwon sejak beberapa tahun lalu, saya lihat ada beberapa peluang boleh diterokai. Disebabkan itu, saya tidak teragak-agak untuk bersetuju menjadi rakan kongsi dan memeterai kontrak bersama syarikat, EcoJFood Co. Ltd dari Pulau Jeju,” katanya.

Menurut Idham lagi, antara peluang yang akan diwujudkan adalah membuka rangkaian francais dan ejen kepada anak tempatan di seluruh negara.

Katanya, sebagai permulaan, lebih 30 jenis produk bakeri popular dari Pulau Jeju itu akan dibawa masuk ke negara ini.

Tambah Idham lagi, kafe tersebut dijangka memulakan operasi pada akhir bulan depan.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia sudah bersara dari dunia politik selepas pengalaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Idham menafikannya.

“Buat masa ini, saya mahu ‘berehat’ sekejap, tetapi masih berulang alik ke Port Dickson untuk program kemasyarakatan di sana.

“Saya juga kembali dalam bidang pengarahan, selain meluaskan langkah dalam bidang perniagaan,” katanya.

Idham kini sedang menyiapkan sebuah filem genre aksi komedi dan buku mengenai pendidikan khas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya