Beri peluang cerita sejarah - Syafi Tee - Utusan Malaysia

Beri peluang cerita sejarah – Syafi Tee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelakon kacak, Syafi Tee, 29 berharap penerbit dan stesen TV dapat memberi peluang kepada cerita sejarah untuk dipertontonkan kepada audiens berbanding jalan cerita yang sama bersifat stereotaip.

Katanya, penceritaan jenis itu mampu menyerlah sekiranya ia disuntik dengan garapan yang lebih segar dan kreatif.

“Contoh drama Cina atau Korea seperti The Rise Of Phoenix dan Kingdom yang berjaya menarik penonton tempatan dan antarabangsa dengan cerita-cerita sejarah yang digarap dalam bentuk yang segar dan terkini.

“Situasi ini berbeza dengan drama tempatan yang kurang menggunakan elemen sejarah Melayu dalam cerita yang disajikan. Kalau saya diberi pilihan, saya mahu menonton cerita sejarah yang mengetengahkan penceritaan tentang bangsa Melayu, Islam dan kenegaraan.

“Saya percaya tidak mustahil sebuah drama tempatan berkualiti tinggi yang menceritakan tentang sejarah dapat diterima baik bukan sahaja penonton di Malaysia malah antarabangsa,” katanya.

Bagaimanapun, pada pandangan Syafi juga, drama tempatan masih berpeluang dan belum terlambat untuk meniti arus pembaharuan serta tidak akan kekal di takuk lama.

“Saya tidak menolak hakikat bahawa drama tempatan kita perlukan pembaharuan, tetapi kita juga perlukan masa untuk melakukan pembaharuan tersebut.

“Saya pasti penerbit dan stesen TV terbabit punya alasan kenapa mereka memilih untuk mempertontonkan jalan cerita yang sama dalam drama yang mereka sajikan.

“Tetapi saya percaya, saya percaya drama kita lambat laun akan berevolusi, setanding dengan drama-drama dari Barat atau Korea dan negara China,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.