Terima sebab suami ‘handsome’, kaya nombor dua! - Fatin Afeefa - Utusan Malaysia

Terima sebab suami ‘handsome’, kaya nombor dua! – Fatin Afeefa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fatin Afeefa, mengakui, faktor utama mengapa dia bersetuju menerima lamaran Aliff Awang sebagai suami adalah kerana ketampanan lelaki itu dan bukan disebabkan statusnya sebagai jutawan.

Pendedahan itu dibuat Fatin dalam satu rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok Aliff, semalam yang mengundang pelbagai reaksi pengikut dan peminat.

“Sayang, saya nak awak tahu satu benda. Awak bukan lelaki kaya pertama yang cuba mendekati saya. Tetapi, awak adalah antara lelaki yang paling tampan.

“Jadi, saya kahwin dengan awak sebab awak handsome, comel. Saya pejam mata pun boleh rasa ketampanan awak. Kaya itu, nombor dua!” katanya.

Fatin membuat pengakuan itu selepas diminta Aliff untuk berkongsi sebab mengapa dia menjadi pilihan pelakon tersebut sebagai teman hidup.

Sebelum ini, ada dalam kalangan netizen menganggap pelakon tersebut berkahwin dengan Aliff kerana lelaki itu kaya dan memandu kereta mahal.

“Ada seorang mamat ini, dia cakap Fatin berkahwin dengan Opai (panggilan dirinya) sebab bawa kereta mahal. Jom tanya isteri saya, dia kahwin dengan saya sebab apa?

“Betulkah, awak kahwin dengan saya sebab saya bawa kereta McLaren?” katanya.

Di sebalik kecaman yang diterima, mereka bersyukur apabila segelintir pengikut menerima jodoh yang ditetapkan Allah SWT, selain turut mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan tersebut.

Fatin dan Aliff selamat dinikahkan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis acara di Subang Jaya, pada 30 Disember lalu.

Pasangan itu difahamkan telah mengikat tali pertunangan pada November lalu.

Fatin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya