Kemelut rumah tangga: Saya akan leraikan dalam masa terdekat - Syamsul Yusof - Utusan Malaysia

Kemelut rumah tangga: Saya akan leraikan dalam masa terdekat – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Akur kemelut rumah tangganya sering diperkatakan ramai sejak lebih enam bulan lalu, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 38, akan merungkaikan segala isu dalam masa terdekat.

Menerusi satu hantaran video yang dibuat di Instagram, malam tadi, Syamsul, meminta semua pihak bersabar dan segala penjelasan akan dibuat bagi menamatkan kontroversi dari pelbagai penjuru.

Pun begitu, kata Syamsul, dia tidak akan mengambil pendekatan seperti isterinya, Puteri Sarah dalam menyelesaikan isu tersebut.

“Lebih setengah tahun juga kisah rumah tangga dan perkahwinan dihebohkan isteri saya yang banyak membuat perkongsian di media sosial, temu ramah, di kaca televisyen dan sebagainya tentang kehidupan peribadi kami.

“Sudah sampai masanya untuk saya bersuara. Saya diam selama ini kerana ia hal rumah tangga, perkara dalam kain yang tidak manis dikongsikan dengan orang luar.

“Saya pun dah penat dan percaya, netizen juga letih dengan cerita ini. Bezanya, apabila saya buka mulut, saya tidak akan ikut cara Sarah. Saya tak nak buka aib atau pekung sesiapa sebab rasanya itu tidak wajar,” katanya.

Selain itu, Syamsul juga mengakui, segala cercaan dan hinaan yang diterimanya disebabkan isu rumah tangga sedikit sebanyak menganggu urusan kerja dan penggambaran filem Original Gangster yang sedang berjalan.

“Saya terima apa sahaja kata nista yang dilemparkan. Buat mereka yang memahami situasi dan memberikan sokongan bukan sahaja kepada saya, tetapi juga isteri, saya hargai.

“Cuma, sebagai manusia, saya akui, segala cercaan dan hinaan itu kadang kala membuatkan waktu tidur saya dan fokus kerja dalam menghasilkan filem terbaru juga terganggu.

“Saya terima semua itu sebab yang paling penting adalah kedua-dua ibu bapa, keluarga, anak-anak, termasuk semua yang bekerja mencari rezeki di bawah produksi saya,” katanya.

Dalam pada itu, kata Syamsul, dia aku menerima kenyataan sebagai selebriti, segala aspek kehidupan akan menjadi tatapan dan perhatian umum.

“Sebagai selebriti, saya sedar segala tingkah laku dan kehidupan kita akan terus jadi perhatian ramai. Apatah lagi, saya dilahirkan dalam keluarga seni, segalanya jadi perhatian. Itu sudah takdir, saya reda.

“Apapun, saya mohon semua pihak bersabar. Saya akan rungkaikan semua ini, insya-Allah. Mohon semua pihak mendoakan yang terbaik,” katanya.

Pada 22 Disember lalu, Syamsul mendedahkan bakal mengambil tindakan saman RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana didakwa membocorkan maklumat peribadi berbaur fitnah terhadap dirinya.

Sebelum itu, Puteri Sarah mendedahkan, menerima banyak mesej mendakwa, Syamsul sudah berkahwin dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira dan meminta suaminya itu tampil menjelaskan tuduhan berkenaan.

Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 serta Summayah, 3 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya