Kemalangan di set, saya tak salahkan Noorkhiriah - Jaja Ishak - Utusan Malaysia

Kemalangan di set, saya tak salahkan Noorkhiriah – Jaja Ishak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penerbit, Jaja Ishak, mengakui terkejut menerima perkhabaran kejadian kemalangan melibatkan Noorkhiriah Ahmad Shapie, ketika pelakon itu berada di set penggambaran drama terbitannya, Boskid.

Menurut Jaja, dia dimaklumkan kejadian itu berlaku pada waktu tengah hari tadi oleh Penerbit Eksekutifnya, Didi Zakir, ketika penggambaran dijalankan di sebuah rumah di Kemensah, Ulu Klang.

“Terkejut juga menerima berita itu sebab saya pun tiada di tempat kejadian. Kata penerbit eksekutif saya, Khiriah jatuh motor ketika sedang menjayakan satu babak ini di set.

“Saya difahamkan, untuk babak tersebut, Khiriah sepatutnya kena bawa kereta dan bukannya motorsikal. Tetapi, dia yang menawarkan diri untuk tunggang motor. Walaupun dia macam tak berapa yakin, tetapi dia nak buat babak itu.

“Nak jadi cerita, dia tak mampu nak kawal motor itu semasa sedang menunggang sebelum kemudiannya melanggar sebuah kereta yang berada dalam keadaan statik di depan rumah itu,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, kata Jaja, dia bersyukur kerana Khiriah tidak mengalami kecederaan yang serius dan telah pun dibawa ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan.

Pada masa yang sama, kata Jaja, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana memahami adakala kejadian berlaku tanpa disengajakan.

“Tak adalah saya nak marah dia atau apa. Lagipun bukan salah dia. Perkara pun telah terjadi, yang penting dia selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Tangannya bengkak sikit.

“Pihak produksi ada menyarankan Khiriah untuk berehat sekejap. Tetapi bergantung kepada kemampuan dia seandainya yakin boleh melunaskan kerja. Saya okey sahaja dan faham situasi,”katanya.

Terdahulu, kejadian kemalangan itu dikongsikan oleh pelakon, Datuk Fizz Fairuz di Instagramnya hari ini.

Menerusi perkongsian itu, Khiriah dilihat gagal mengawal motorsikal jenis Modenas Kriss yang ditunggangi untuk menjayakan salah satu babak drama Boskid.

Selain Khiriah dan Fizz Fairuz, drama terbitan Jaja Ishak Channel ini turut dibintangi oleh Arash Mohamad, Ummar Dzariff, Syed Mohd Irfan dan Ungku Haris.

Drama ini diarahkan oleh sutradara, Shuhaimi Zulkefli dan akan ditayangkan di saluran Tonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya