IU buat saya mahu jadi lelaki lebih baik - Lee Jong Suk - Utusan Malaysia

IU buat saya mahu jadi lelaki lebih baik – Lee Jong Suk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lee Jong Suk, mengakui, kekasihnya, penyanyi, IU, memiliki ciri-ciri wanita yang diimpikan untuk dijadikan pasangan hidup.

Mendedahkan perkara itu dalam surat kepada kelab peminatnya, Jong Suk mengakui, sejak mengenali IU, kehadiran wanita itu banyak mengubah dirinya menjadi lelaki lebih baik.

“Saya mula berkenalan dengan IU ketika berusia 20-an dan tidak sangka perasaan itu akan bertukar menjadi cinta. Kami berkawan sudah begitu lama. Sejak IU hadir dalam hidup, dia membuatkan saya tidak boleh melupakannya.

“Dia bagaikan Kang Dan-I buat saya (watak dalam drama Romance Is a Bonus Book). Dia juga sangat memahami. Walaupun lebih muda, kematangannya ada kala membuatkan saya rasa dia lebih ‘tua’ berbanding saya.

“Pendek kata, dia sangat mengagumkan dan itu membuatkan saya mahu melindunginya. Dia membuatkan saya mahu menjadi lelaki lebih baik,” katanya.

Selain itu, kata Jong Suk, dia sepatutnya membuat pengakuan mereka sedang menjalin hubungan cinta kepada umum lebih awal. Namun, dia bimbang jika pengakuan itu mengejutkan banyak pihak.

“Perkara ini sangat baru untuk saya. Disebabkan itu, saya bimbang ramai terkejut. Saya harap semua pihak dapat menerima dengan baik dan terbuka.

“Terima kasih atas segala sokongan dan kasih sayang yang tidak jemu diberikan. Selamat tahun baru dan saya sentiasa sayangkan anda semua,” katanya.

Berita mengenai pasangan ini dikatakan menjalin hubungan cinta menjadi antara topik terhangat di pelbagai pelbagai platform media sebelum ini.

Semalam, agensi pengurusan bakat yang dinaungi Jong Suk, Highzium Studio, turut mengesahkan mengenai hubungan tersebut.

Sebelum ini, sebuah program televisyen di Korea Selatan, Dispatch, mendedahkan foto pasangan tersebut yang dilaporkan bercuti di Nagoya, Jepun ketika perayaan hari Natal sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat.

Malah, Jong Suk turut membuat ucapan terima kasih kepada individu istimewa ketika menerima trofi kemenangan pada 2022 MBC Drama Awards, sekali gus menguatkan lagi andaian pasangan itu sedang bercinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.