Isu bergaduh dengan madu, Fyna Jebat tenang-tenang sahaja - Utusan Malaysia

Isu bergaduh dengan madu, Fyna Jebat tenang-tenang sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Fyna Jebat, 29, mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai isu pergaduhan dengan madunya, Datin Zalina Zaini, di sebuah restoran, di sini, minggu lalu.

Di sebalik kontroversi yang berlaku, isteri kedua jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan itu mengakui, dia dalam keadaan tenang dan fokus meneruskan aktiviti seninya seperti biasa.

“Tentang isu itu (pergaduhan dengan madu), tiada apa yang boleh diperkatakan. Biarlah isu ini kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Saya di sini, tenang sahaja. Malah, fokus untuk program Famili Duo juga tidak terganggu. Sudah dua kali kami raih Juara Mingguan dan Alhamdulillah, saya dan Ayda dapat mara ke pentas final.

“Seluruh pasukan kami sudah melakukan yang terbaik, jadi saya akan fokus lebih lagi untuk final pada minggu hadapan,” katanya.

Fyna berkata demikian semasa ditemui selesai program berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Fyna dan isteri pertama bekas jurulatih Penang FC dan Melaka United itu didakwa terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Seksyen 9, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu, selain memaklumkan kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Pada malam konsert Separuh Akhir Famili Duo, Fyna dan Ayda berjaya mara ke pentas final bersama tiga lagi pasangan duo bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000.

Pasangan adik-beradik itu juga dinobatkan sebagai juara minggu ketujuh, sekali gus membawa pulang ganjaran berjumlah RM10,000.

Fyna dan Ayda yang menduduki senarai teratas secara keseluruhan sepakat berkongsi kemenangan mingguan tersebut bersama dua lagi pasangan peserta, Sabhi dan Fareed serta Sissy Imann dan Naim Daniel.

Turut mara ke pentas akhir ialah duo adik-beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, selain Sissy dan Naim serta Bella Astillah dan Wani Kayrie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya