Doakan dua isteri tenang, Puteri Sarah minta Syamsul jaga perasaan anak - Utusan Malaysia

Doakan dua isteri tenang, Puteri Sarah minta Syamsul jaga perasaan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas berdiam diri selama tiga hari, pengarah dan pelakon kontroversi, Syamsul Yusof, kembali bersuara menerusi satu hantaran di Instagram, pagi tadi.

Menulis ringkas, Syamsul dilihat menitip doa buat kedua-dua isterinya, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar yang disambut pelbagai respons daripada pengikutnya.

“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Mengetahui hal tersebut, Sarah menerusi Instagram Story turut memberi respons terhadap hantaran dibuat suaminya itu.

Dalam hantaran itu, Sarah berkata, dia kesal dengan sikap suaminya yang tidak sensitif terhadap perasaan anak-anak dan keluarganya.

“Orang jahil akan terserlah kejahilannya, walaupun disangka berilmu. Saya cuba untuk tidak beri respons sebab kerosakan telah pun berlaku.

“Tetapi, saya rasa perlu untuk cakap yang saya terlalu kesal dan malu bagi pihak anak-anak dan keluarga.

“Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan tidak dapat saya elak mereka daripada memegang telefon pintar. Jangan sesekali lukakan hati dan perasaan anak-anak.

“Fikir sebelum muat naik sesuatu hantaran. Jaga sensitiviti terhadap anak-anak dan keluarga awak,” katanya.

Jumaat lalu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengejutkan dunia hiburan apabila mendedahkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand.

Pengumuman tersebut secara tidak langsung menamatkan spekulasi hubungan Syamsul dengan Ira yang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya