Travie McCoy rai tahun baharu di Malaysia - Utusan Malaysia

Travie McCoy rai tahun baharu di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Popular dengan kumpulan Gym Class Heroes, penyanyi antarabangsa, Travie McCoy, 41, bakal meraikan tahun baharu bersama peminat-peminat di Malaysia sempena penganjuran konsert pertamanya pada 31 Disember ini.

Dalam satu kenyataan, penyanyi rap tersebut akan hadir bagi menjayakan konsert Travie McCoy New Year Countdown Feat Alexis Kings 2023 dengan persembahan dijadualkan bermula pada pukul 9 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut penganjur, Pushplay Production Sdn Bhd, konsert tersebut akan menjadi hadiah bermakna buat semua peminat yang telah lama menanti kunjungan penyanyi rap terkenal itu ke negara ini.

“Sebagai penganjur kami amat berbesar hati kerana projek sulung ini adalah umpama ‘hadiah’ tahun baru buat semua peminat muzik selain mahukan 2023 menjadi sebuah tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

“Dengan rekod yang baik, Travie yang memang terkenal dengan muzik santai, rap serta pesanan- pesanan positif yang ada dalam karyanya dilihat sangat bersesuaian dengan visi kami untuk menutup tahun 2022 dengan manis dan membuka 2023 dengan harapan besar yang lebih menguntungkan.

“Lebih membanggakan, konsert ini juga adalah konsert rap antarabangsa pertama yang diadakan di Zepp KL,”katanya.

Sedikit info, Travie merupakan antara artis yang pernah berkolaborasi dengan Bruno Mars melalui lagu hit Billionare yang cukup popular pada tahun 2010 lalu. 

Pada tahun 2010, Travie muncul dengan album solo perdananya yang berjudul Lazarus dan single pertamanya, Billionaire (feat Bruno Mars) telah menawan hati khalayak.

Kerjaya solonya kemudian bergerak stabil apabila dia juga telah menandatangani kontrak dengan Hopeless Records yang telah melahirkan single pertama pada Jun tahun lalu berjudul A Spoonful of Cinnamon.

Bagi mereka yang berminat, harga tiket dijual bermula daripada RM399 (CAT 3), RM499 (CAT 2), RM599 (CAT 1), RM499 (VIP) dan RM8,999 (VVIP BOX) dan boleh didapati di laman web www.myticket.asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya