Bencana, tiba masa kita perbaiki eko sistem - Erra Fazira - Utusan Malaysia

Bencana, tiba masa kita perbaiki eko sistem – Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 48, menggesa semua rakyat Malaysia untuk segera meningkatkan tahap kesedaran mengenai alam semula jadi apalagi melihat kepada semakin banyak bencana alam berlaku kini.

Menurut pelakon Gerak Khas The Movie dan Soal Hati ini, bencana yang berlaku nyata membawa kebimbangan buat pelbagai pihak dan seharusnya rakyat perlu bersatu padu untuk memperbaiki kelemahan daripada pelbagai aspek.

“Sejak kebelakangan ini,macam-macam kejadian berlaku di sekeliling kita. Bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Bencana demi bencana melanda dan benarlah bagai dikata, dunia sudah semakin uzur. Bukan saja manusia bisa tenat, dunia juga menghadapi proses yang sama.

“Tiba masanya kita tingkatkan kesedaran, perbetulkan ekosistem yang memudaratkan.Sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang.

“Kita cari solusi dan segala bentuk pendekatan untuk meringankan beban bumi yang semakin memberontak. Insya-Allah kita masih boleh berubah,”katanya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.

Selain itu, Erra juga melayangkan ucapan takziah buat semua keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali Genting Highland termasuk mendoakan mereka yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

“Salam takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Batang Kali serta mereka yang terjejas akibat banjir di seluruh Malaysia.Moga kalian diberi kekuatan dan kesabaran.

“Moga musibah ini juga diganti dengan kebaikan serta rahmat Allah SWT, amin. Semoga Allah lindungi kita semua dan jangan berhenti berusaha, jangan pernah berhenti berdoa. Jom ubah demi kebaikan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya