Anak-anak tanya kenapa ramai tak suka auntie - Shuib - Utusan Malaysia

Anak-anak tanya kenapa ramai tak suka auntie – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan, Shuib menafikan dakwaan kononnya dia bakal menamatkan zaman dudanya tahun hadapan dengan seorang wanita dikenali sebagai Watie.

Jelas Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 38, perkara melibatkan jodoh adalah sesuatu yang tidak dijangka dan dia menyerahkan soal perkahwinan kepada Tuhan.

“Perkahwinan awal tahun? Tidak ada. Tempah apa-apa pun, tidak ada. Perkara baik, mesti saya akan kongsi. Saya tidak suka sorok-sorok. Kalau Allah kata jadi, Alhamdulillah. Kalau tidak nak buat macam mana.

“Saya mahu yang terbaik untuk anak-anak. Kalau ada perancangan ke arah itu, pasti saya akan jelaskan. Saya masih berkawan dengan dia. Untuk ke next step itu, belum ada,” katanya.

Shuib ditemui selepas pengumuman juri The Masked Singer Malaysia Musim Ketiga yang menyaksikan dia bergandingan dengan beberapa selebriti lain untuk meneka siapakah gerangan penyanyi di sebalik kostum.

Dalam pada itu, Shuib berkata, ibu dan anak-anaknya setakat ini merestui persahabatannya serta selesa dengan Watie.

Tambahnya, dia seboleh-bolehnya tidak mahu sebarang andaian tidak betul tersebar sehingga boleh mengguriskan hati dan perasaan keluarganya.

“Ibu dan anak-anak saya selesa dengannya. Itu permulaan yang baik untuk satu perhubungan. Saya kalau boleh tidak mahu beratkan dia (Watie) sangat. Saya takut bila ada dakwaan yang tidak betul.

“Saya tidak mahu keluarga fikir saya belakangkan mereka. Malah, anak-anak saya juga bertanya, ‘kenapa ramai tidak suka auntie?’ Ada juga dengan seloroh cakap: ‘Oh! orang dah tahu’, itu sahajalah,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya