Ia sebuah perjuangan peribadi saya - Zachary Knowles - Utusan Malaysia

Ia sebuah perjuangan peribadi saya – Zachary Knowles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi kelahiran Texas, Amerika Syarikat, Zachary Knowles, mengakui, single berjudul Just Stay For Once yang baharu dihasilkan olehnya merupakan sebuah naskhah peribadi yang menyentuh mengenai perjuangan kesihatan mental.

Menurut Zachary, menerusi lagu tersebut, dia berpeluang berkongsi rasa dengan pendengar dan peminat yang barangkali pernah atau sedang berdepan dengan pengalaman yang serupa.

“Saya cenderung meragukan diri sendiri dan pernah ‘berperang’ dengan emosi dan perasaan dengan diri saya sendiri. Dalam lagu ini, saya cuba luahkan tentang perasaan ini dan seolah-olah cuba mengatakan pada diri agar kekal santai, tinggalkan ribut kekacauan minda.

“Saya akhirnya sedar bahawa, untuk menghentikan semua itu, saya perlu berdamai dan berhenti meragukan diri sendiri. Boleh dikatakan, lagu itu adalah sebuah naskhah perjuangan peribadi saya,”katanya.

Dalam pada itu, kata Zachary yang berusia 23 tahun, dia sebelum ini pernah disangka sebagai penyanyi muzik country hanya kerana dia berasal daripada Texas dan kemudiannya berpindah ke Nashville.

Menjelaskan perkara itu, kata Zachary, dia selesa membawakan muzik genre Indie Pop namun mengakui, genre country juga dekat di hatinya.

“Ramai yang sangka saya bawa muzik country hanya disebabkan mereka melihat latar belakang saya membesar di Texas. Memang saya membesar banyak mendengarkan lagu-lagu seperti itu, apalagi, ayah saya juga menyukainya.

“Tetapi, dalam masa yang sama, saya juga ada jiwa muzik yang saya sukai dan antaranya irama pop. Namun, saya juga suka dengar lagu country.Kalau nak tahu, saya juga teringin nak hasilkan lagu genre country, tetapi mungkin akan datang,”katanya.

Just Stay For Once merupakan karya terbaharu Zachary selepas Crush yang meledakkan namanya dalam industri muzik indie pop.

Kedua-dua single ini merupakan single yang juga dimuat naik dalam EP berjudul Goalie, juga hasil ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN