Ahmad Idham mahu bantu selesai isu veteran askar - Utusan Malaysia

Ahmad Idham mahu bantu selesai isu veteran askar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon, Dr Ahmad Idham, 48, komited untuk membantu menyelesaikan beberapa masalah berkaitan veteran askar dan sedang dalam proses mengumpulkan maklumat penuh berhubung isu berbangkit.

Menurut Idham dalam satu kenyataannya hari ini, sekiranya perlu, pihaknya akan berusaha menjadi penggerak untuk menggubal dasar dan akta yang baharu.

“Saya telah mendengar dan dalam proses mendapatkan maklumat penuh berkenaan isu veteran askar yang berpencen mahupun yang tidak berpencen.

“Selaku Naib Pengerusi Persatuan Suara Patrioktik Rakyat Malaysia (PSPRM) Negeri Sembilan, saya akan terus berperanan agar permasalahan dalam kalangan veteran askar dapat kita selesaikan dengan mengikut lunas dasar dan akta yang telah diperuntukkan.

“Sekiranya perlu untuk digubal dasar dan akta yang baru, maka saya akan menjadi penggerak agar permasalahan yang ada dapat kita atasi sebaiknya,” katanya.

Selain itu, tambah Idham, sebagai anak askar, dia amat memahami permasalahan yang sering menjadi polemik dalam kalangan veteran.

“Pencadang dan penyokong saya sebentar tadi juga merupakan bekas anggota polis dan tentera yang sering berkongsi dapatan secara organik terhadap permasalahan yang ada.

“Selagi hayat dikandung badan, selagi itu saya wajib melaksanakan amanah yang telah diberikan.

“Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk terus berbakti dan berkhidmat kepada rakyat,
khususnya masyarakat di Port Dickson,”katanya.

Terdahulu, Idham telah diumumkan sebagai calon P132 Parlimen Port Dickson dari Gerakan Tanah Air (GTA) di bawah logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, pagi tadi.

Pelakon itu berkata, dia juga akan berusaha membantu dan mempermudahkan masyarakat melalui pertubuhan menerusi amanah yang telah diberikan

“Saya melihat amanah ini diberikan kerana penerimaan masyarakat atas nilaian mereka terhadap gerak kerja yang telah saya lakukan sebelum ini.

“Saya tidak akan berganjak daripada paksi perjuangan saya seperti yang telah dinyatakan sebelum ini dengan menjadikan Port Dickson sebagai bandar pelancongan popular dengan menambah baik segala infrastruktur dan fasiliti serta memperbanyakkan aktiviti disini agar dapat meningkatkan ekonomi tempatan melalui industri pelancongan.

“Perjuangan menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas serta bandar pelancongan yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU) juga menjadi antara nadi perjuangan saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya