Saya terlepas pandang tapi isu ‘hutang’ tersebut dah selesai - Noreeen Iman - Utusan Malaysia

Saya terlepas pandang tapi isu ‘hutang’ tersebut dah selesai – Noreeen Iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Norreen Iman, 28, mengakui salah faham berkaitan tugasan ulasan produk yang tular di media sosial, baru-baru ini telah diselesaikan dengan baik.

Norreen berkata, dia telah menghubungi individu yang mendakwa dirinya tidak membuat ulasan produk selepas menerima bayaran dan bersetuju memulangkan wang RM80 kepada pelanggan tersebut.

“Saya hubungi individu itu, semalam selepas mendapat tahu nama saya tiba-tiba tular di Twitter, susulan dakwaan tidak membuat ulasan produk setelah menerima bayaran.

“Saya juga telah memulangkan kembali wang yang diterima dan kami anggap, perkara tersebut selesai. Kami berbual dengan baik dan saya juga meminta maaf atas apa yang terjadi.

“Saya akui apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri,” kata pelakon Gila Viral itu ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Norreen berharap, isu itu tidak lagi dibangkitkan kerana semuanya telah selesai tanpa sebarang masalah.

Berkongsi kejadian itu, Norreen berkata, dia benar-benar terlepas pandang tugasan tersebut, apatah lagi perkara itu telah lama berlalu.

“Kejadian itu berlaku lima tahun lalu, tetapi tiba-tiba dibangkitkan di Twitter, baru-baru ini. Ketika menerima tugasan itu, saya belum lagi terbabit dalam dunia hiburan dan tidak mempunyai pengurus.

“Saya pula sedang hamil dan dalam persediaan melahirkan anak kedua. Saya tidak perasan mesej yang dihantar di Instagram kerana banyak perkara perlu diuruskan.

“Fokus saya tentulah pada anak yang baru lahir. Tidak semua orang tahu apa yang sedang kita lalui. Tetapi, tidak mengapa kerana urusan hutang itu telah saya selesaikan,” katanya.

Norreen akur, sebagai selebriti, banyak mata yang memerhati dan mencari kesilapannya.

“Sama ada baik atau buruk, orang tetap akan bercakap. Saya sudah biasa. Orang nak cakap pasal kita, biarlah. Inilah permainan dunia media sosial,” katanya.

Terdahulu, timbul isu Norreen dikatakan gagal melunaskan tugasan rebiu sebuah produk pada 2018 setelah menerima bayaran dan perkara itu tular di media sosial, baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.