Yonnyboii tak sanggup berjauhan dengan isteri - Utusan Malaysia

Yonnyboii tak sanggup berjauhan dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan komposer muda, Yonnyboii, mengakui tidak sanggup berjauhan dengan isterinya, Nik Nazira Narriman walaupun sedar mungkin ramai yang kurang senang melihat mereka umpama belangkas.

Tidak peduli dengan cakap-cakap orang, Yonny berkata, lebih baik dia dilihat berkepit dengan isteri, berbanding terpaksa menanggung rindu apabila berjauhan.

“Setakat ini, kami tidak pernah berjauhan. Dia akan mengikut dan menemani ke setiap lokasi kerja saya. Saya juga melakukan hal sama.

“Bukan tidak mahu berenggang, tetapi kami belum bersedia untuk melalui perasaan rindu terhadap pasangan. Kami selesa begini .

“Memandangkan usia rumah tangga kami belum sampai setahun, jadi saya anggap kami masih dalam tempoh berbulan madu,” katanya.

Tambah pemilik nama Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin ini lagi, mereka ingin menggunakan masa berdua sebaik mungkin sebelum dikurniakan cahaya mata.

“Masih belum ada khabar gembira buat masa ini tentang zuriat, tetapi sebelum ada anak, kami mahu habiskan masa bersama.

“Soal anak, kami berserah dan jika ada rezeki cepat, Alhamdulillah,” katanya.

Penyanyi lagu Sakit ini berkata, Nazira pernah ditawarkan untuk berlakon oleh sebuah syarikat produksi, namun terpaksa menolak kerana ingin memberi keutamaan kepada Yonny.

“Selain menjadi pempengaruh media sosial, dia juga ada terima tawaran berlakon. Saya sokong dan bangga dengan setiap apa yang dilakukannya.

“Sebenarnya, sebelum ini ada juga dia terima tawaran berlakon drama, tetapi terpaksa menolak kerana kami tidak mahu menanggung rindu.

“Kalau berada di set penggambaran, mesti ambil tempoh masa yang lama. Dia kata, mahu utamakan saya sebagai suami,”katanya.

Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga di sebuah premis perkahwinan di Ampang, Kuala Lumpur pada 20 November tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya