Ramai geram tengok anak Neelofa - Utusan Malaysia

Ramai geram tengok anak Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengacara dan usahawan selebriti, Noor Neelofa, 33, dilihat sudah mula sedikit demi sedikit mendedahkan ‘wajah’ putera sulungnya, Muhammad Bilal di media sosial.

Terbaru, Neelofa, menerusi satu hantaran di Instagram, mula mendedahkan wajah anaknya dari sisi, meskipun tidak secara penuh.

Pada perkongsian itu, Neelofa menulis kapsyen berbunyi: ‘Okay Bilal, Ummi will stay at home today (okey Bilal, Ummi akan berada di rumah hari ini).

Hantaran Neelofa itu dihujani pelbagai reaksi dan komen pengikut yang rata-ratanya teruja melihat Bilal yang comel itu.

Tidak hanya peminat, rakan artis dan selebriti juga tidak ketinggalan memuji kecomelan Bilal pada ruangan komen, termasuk pelakon, Catriona Ross, Uyaina Arshad, Sari Yanti, Cik Puan Sarimah Ibrahim, Elfira Loy, Zulin Aziz dan Elly Mazlein.

Bagaimanapun, ramai dalam kalangan pengikutnya yang masih tidak putus asa bertanya bila Neelofa akan mendedahkan wajah Bilal di media sosial.

Neelofa sebelum ini, membuat kenyataan belum bersedia untuk mendedahkan wajah Bilal kepada umum kerana bimbang dengan penyakit ain (gangguan disebabkan pandangan).

Neelofa dan suami, penceramah bebas, Haris Ismail, mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung pada 29 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya