Kate Winslet kemalangan di set filem Lee - Utusan Malaysia

Kate Winslet kemalangan di set filem Lee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon Hollywood, Kate Winslet, dikejarkan ke sebuah hospital selepas dilaporkan terjatuh ketika sedang menjalani penggambaran filem Lee di Crotia, semalam.

Menurut wakil bintang tersebut kepada media antarabangsa, Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2009 itu terjatuh ketika berada di set penggambaran sebelum segera dikejarkan ke hospital.

“Kate terjatuh dan dibawa segera ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan dia tidak mengalami kecederaan teruk.

“Setelah menerima rawatan, pihak hospital mengesahkan kondisi Kate baik dan tiada kecederaan serius.

“Kate dibenarkan untuk kembali semula ke set penggambaran dalam masa terdekat, mengikut jadual yang telah dirangka,”katanya.

Kate merupakan antara pelakon utama produksi arahan Ellen Kuras itu, malah namanya telah dicanang bakal terbabit dalam filem tersebut sejak 2015.

Lee merupakan filem genre aksi yang mengambil latar belakang situasi Perang Dunia Kedua.

Selain Kate, turut membintangi filem berkenaan adalah Mario Cotillard, Jude Law, Andrea Riseborough dan Josh O’Conner.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya