Itu bukan saya ! Apa motif sebar fitnah? - Qistina Raisah - Utusan Malaysia

Itu bukan saya ! Apa motif sebar fitnah? – Qistina Raisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon remaja, Qistina Raisah,13, menafikan dia adalah selebriti yang didakwa berkelakuan kurang manis dalam sebuah video yang sedang tular di media sosial.

Qistina berkata, dia tidak tahu mengapa netizen mengaitkannya dalam video yang diperkatakan, sedangkan individu tersebut bukan dirinya.

“Saya ingin jelaskan, saya tidak kenal siapa individu dalam video itu, malah saya tidak tahu yang cuba dilakukan oleh pemilik rakaman tersebut.

“Apa motif dia memuat naik video berkenaan? Tetapi, itu bukan saya! Saya tampil membuat penjelasan ini kerana ada komen bertanya: ‘Adakah ini budak yang lupa password telefon?’.

“Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan, sedangkan individu dalam video tersebut bukan saya,” katanya.

Kata pelakon itu lagi, dia tidak pernah keluar tanpa ditemani ibunya, malah keluarganya juga tahu siapa kawan-kawannya.

“Saya kalau pergi mana-mana, mesti ada emak sekali. Anda jangan risau, kalau pun nanti terserempak, saya pandai jaga diri lebih-lebih lagi apabila di depan khalayak.

“Saya masih ada emak dan ayah, malah mereka tahu apa yang saya buat. Kalau nanti orang nampak saya pergi ‘dating’, jangan risau kerana emak mesti ada sekali,” katanya.

Pelakon drama Papa Ricky itu juga menasihati pemilik video terbabit untuk berhenti menyebarkan fitnah yang tidak mendatangkan faedah.

“Untuk pemilik video yang sebar dan sesiapa yang komen, jangan buat fitnah kerana takut orang lain yang baca akan mempercayai dan menyebarkannya.

“Saya tidak mahu ia menjadi fitnah sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya individu dalam video tersebut,” katanya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memperlihatkan perlakuan mesra pasangan remaja di khalayak. Biarpun tidak terpampang wajah individu terbabit, ada netizen yang ‘memetik’ nama pelakon remaja iaitu Nur Qistina Raisah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya