Hubungan cinta? Biar ia privasi - Nabil Aqil - Utusan Malaysia

Hubungan cinta? Biar ia privasi – Nabil Aqil

Nabil Aqil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon meningkat naik, Nabil Aqil, berpendapat sebaiknya segala kebahagiaan bersama pasangan disimpan rapi sebagai privasi dalam sebuah hubungan cinta.

“Saya seorang yang memang suka simpan sebagai privasi. Perkara yang buat kita gembira, biarkan ia privasi.

“Ia kerana, kita tidak tahu rakan baik kita pun boleh jadi ular,” katanya ketika ditemubual pada sidang media secara virtual drama Ku Punya Hati.

Mengulas lanjut, pelakon drama The Maid 2 itu sudah bersedia untuk menerima segala kecaman warganet terhadap dirinya.

Nabil turut mendedahkan dia juga adalah seorang selebriti yang kurang aktif di media sosial kerana jadual hariannya yang padat.

“Saya memang sudah bersedia untuk dikecam. Perkara ini akan datang dan kita tidak boleh nak buat apa.

“Semua akan hadapi dan mereka akan berhenti bila sudah tahu apa yang mereka katakan semua itu memang salah.

“Saya pula kurang aktif di media sosial berbanding dengan kehidupan sebenar. Saya juga jarang hadap telefon,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya