Palakon Teater Tanjong tonton Mat Kilau sebagai tanda sokongan

Pelakon Teater Tanjong tonton Mat Kilau sebagai tanda sokongan

mat kilau
Pelakon serta krew produksi Teater Tanjong yang menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Cinneplex Mesa Mall , Nilai pada Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bersempena dengan fenomena filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, seramai 70 pelakon serta krew produksi Teater Tanjong turun ke Cinneplex Mesa Mall , Nilai pada Sabtu lalu untuk memberi sokongan kepada filem berkenaan dan sekali gus mengangkat karya seni budaya serta adat melayu ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut pengarahnya, Prof. Dr. Ahmadrashidi Hassan, karyawan Malaysia kurang mengeluarkan naskah budaya melayu kerana ‘susah laku’ namun filem Mat Kilau menunjukkan sebaliknya.

Tambahnya lagi, karya adat serta budaya orang melayu sewajarnya diketengahkan bagi mendidik masyarakat melayu untuk mengenali jati diri dan bangga dengan bangsa sendiri.

Memandangkan Teater Tanjong dan juga filem Mat Kilau mengangkat tema yang sama, beliau juga berharap agak trend ini berterusan bagi menggalakkan lebih ramai karyawan tempatan untuk terus berkarya mengangkat adat dan budaya masyarakat Melayu.

Beliau yang juga mantan professor fakulti seni,  sebuah masyarakat dianggap maju sekiranya seni budaya serta adat setempat diangkat tinggi oleh masyarakat negara tersebut sepertimana karyawan terdahulu di negara barat khususnya di Eropah.

Dalam Teater Tanjong, kisahnya lebih tertumpu kepada adat perpatih, proses penggiliran dalam peralihan kuasa yang dipegang oleh kaum lelaki, seni tariannya, busana, peralatan muzik,  loghat, pantun teromba, majlis keraian kerojan, adat setempat dan bukan semata-semata kaum lelaki tinggal sehelai sepinggang apabila berkahwin dengan anak dara daripada Negeri Sembilan sepertimana yang sering digembar-gemburkan masyarakat di Malaysia.

Teater terbitan Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan, Teater Tanjong bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya pada 9 hingga 11 September depan.

Sebahagian besar pelakon teater terdiri daripada kanak-kanak, remaja, ibu bapa serta ahli keluarga mereka sendiri.

Datuk Jalaluddin Hassan dijemput sebagai pelakon undangan dan juga Kartunis Ujang serta penyanyi lagenda Negeri Sembilan Along Bakar akan melakukan penampilan khas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN