Orang selalu nampak yang senang sahaja - Neelofa - Utusan Malaysia

Orang selalu nampak yang senang sahaja – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa menyifatkan, suaminya, Haris Ismail sebagai seorang individu yang bekerja keras untuk memastikan jenama perniagaan Innai NunHa yang diusahakan mereka mampu mencapai sasaran.

Jelas Neelofa, Haris sentiasa mahu memastikan segala urusan bisnes mereka berjalan dengan lancar.

“Masuk hari ke 11, suami kerja dari pagi sampai lewat pagi, biasa pukul 3 atau pukul 4 pagi baru balik. Hari ini telefon cakap balik lepas ini, masih di kilang produksi selesaikan macam-macam isu.

“Inilah bab perniagaan yang orang tak nampak, yang orang nampak selalunya hasil akhir, yang senang dan menyeronokkan sahaja. Kami berniaga bersama dan Alhamdulillah saya lebih banyak bekerja dari rumah sambil menjaga anak.

“Untuk peniaga Innai NunHa, doakan semoga perjalanan perniagaan dipermudahkan. Semoga yang terbaik untuk hari ini,” katanya.

Neelofa berkata demikian menerusi hantaran yang dikongsikan di Insta Story miliknya.

Serentak dengan titipan itu Neelofa berterima kasih kepada suaminya dalam menggalas tanggungjawab untuk mencari keberkatan rezeki perniagaan mereka.

“Untuk suami tersayang, terima kasih sebab banyak mainkan peranan dalam bab produksi. Awak sentiasa buat lebih dari 100 peratus untuk selesaikan pelbagai isu, tiada yang mustahil bagi awak.

“Semoga Allah berkati setiap usaha awak dan kita semua. Berkati setiap ringgit yang kita peroleh, sentiasa rasa cukup dan bahagia dengan rezeki Allah,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya