Biarlah apa jadi dekat luar sana Bunga… - Uzair Haqimy - Utusan Malaysia

Biarlah apa jadi dekat luar sana Bunga… – Uzair Haqimy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suami kepada pelakon terkenal, Elisya Sandha iaitu Uzair Haqimy enggan ambil peduli dengan permasalahan persekitaran luar.

Menerusi entri yang dikongsikan di akaun Instagram milik suami pelakon itu, dia lebih mahu fokus pada keluarganya.

“Cerita 3 pagi tadi, biarlah apa jadi dekat luar sana Bunga. Baik berperang, bergaduh, bercerai-berai, bercakap belakang, bertuduh menuduh atau apa sekali.

“Selagi daddy (gelaran panggilannya) masih nampak Bunga dan mummy gembira tersenyum, itu sajalah yang lebih penting. Saya cinta dan sayangkan keluarga kecil ini,” katanya.

Menerusi hantaran sama Uzair turut berkongsi sedang menyiapkan anakandanya.

Menjengah di ruangan komen, majoriti memuji sikap kebapaan yang ditonjolkan dalam video tersebut.

Untuk rekod, Elisya berkahwin dengan anak sulung penerbit terkenal, Sheila Rusly pada Ogos tahun lalu dan Bunga dilahirkan pada 18 Jun 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya