Takut nak ambil bekerjasama dengan bekas suami - Elly Arifin

Ada yang takut nak ambil saya bekerjasama dengan bekas suami – Elly Arifin

Elly Arifin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Elly Arifin, 33, mengaku pelik apabila wujud tanggapan salah bahawa dia dan bekas suaminya, pelawak, Jiggy kumpulan Masin, berseteru dan tidak boleh bekerjasama dalam sebuah program televisyen.

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Nurul Elyana Kamalul Arifin, meski sudah berpisah sejak dua tahun lalu, hubungannya dengan bekas suami masih baik selain tidak pernah bermasalah untuk menjalin kerjasama dalam apa jua tawaran bidang seni.

“Kami tak pernah ada isu tak boleh bekerjasama. Jadi saya tak faham dan pelik juga kenapa sebelum ini rupanya ramai yang ingat kami gaduh, walhal tidak meskipun sudah tidak bersama lagi. Kalau nak tahu, ada juga di sela waktu santai yang kami lepak bersama dengan kawan-kawan lain.

“Cuma mungkin sebab kami tak muat naik di media sosial atau canangkannya, maka orang ingat kami gaduh. Ada saja program televisyen yang takut nak ambil kami berdua untuk bekerja sekali disebabkan tanggapan salah itu tadi,”katanya.

Elly berkata demikian ketika ditemui di sidang media Muzikal Lawak Superstar 3 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, semalam.

Tambah Elly, baik dia mahupun Jiggy, masing-masing cuma tertawa apabila mendapat tahu mengenai hal itu sedangkan kedua-dua mereka sangat profesional dalam urusan kerja.

Bahkan, kata Elly, demi membuktikan profesionalisme mereka sebagai rakan artis dalam industri, tawaran mengacara dalam program Muzikal Lawak Superstar 3 Live Plus yang akan bersiaran kelak dilihat sebagai platform terbaik untuk kedua-dua mereka.

“Ya, saya harap menerusi program itu, ia dapat membuka mata banyak pihak dan netizen bahawa kami berdua memang tak ada masalah kalau nak bekerjasama. Sekurang-kurangnya, itu yang kami harapkanlah.

“Jika pada masa hadapan ada tawaran lain seperti berlakon dan sebagainya untuk kami bergandingan bersama pun, kami tiada isu. Ini kan soal kerja, jadi kami sangat profesional.

“Terus-terang, saya dengan Jiggy dalam fasa yang selesa untuk berkawan dan untuk ada perasaan lebih daripada itu, rasanya itu semua terletak pada ketentuan takdir. Kita serah saja pada Tuhan,”katanya.

Untuk rekod, Elly dan Jiggy mendirikan rumah tangga pada tanggal  9 September 2016.

Namun usia perkahwinan mereka cuma bertahan selama lima tahun sahaja sebelum masing-masing membuat keputusan berpisah secara baik pada Januari 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.