Ada hasrat tambah anak, cuma belum ada rezeki - Emma Maembong - Utusan Malaysia

Ada hasrat tambah anak, cuma belum ada rezeki – Emma Maembong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Emma Maembong mendedahkan dia dan suami sudah mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua sebaik sahaja habis tempoh berpantang cahaya mata pertama sebelum ini.

Bagaimanapun, kata Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, mungkin buat masa ini  belum ada rezeki buat mereka selain tidak menolak barangkali Allah SWT mahu dia memberikan perhatian lebih kepada anak pertamanya iaitu Shariq Gabriel.

Mempunyai adik-beradik ramai dan gemar menjaga anak saudara, pelakon berusia 30 tahun itu memberitahu dia sememangnya teringin untuk mempunyai cahaya mata yang ramai. 

“Saya memang ada mencuba untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat. 

“Kalau boleh lepas pantang anak pertama itu, nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat. 

“Setengah orang nak tunggu anak besar sikit, tapi saya nak biar sekali penat. Adik-beradik saya pun 11 orang dan saya selalu jaga anak-anak buah. Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak. Tapi belum rezek, mungkin Allah nak saya beri perhatian lebih kepada anak pertama,”katanya.

Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun. 

Dalam pada itu, pelakon filem Frontliner ini turut berkongsi pengalaman dia memberikan susu badan sepenuhnya dan mengubah gaya pemakanan demi kesihatan putera sulungnya. 

Saya memang bagi susu badan sepenuhnya sebab nak anak ada antibody yang kuat. Bukan itu saja, saya juga amalkan makanan berkhasiat. Bangun pagi, makan buah-buahan seperti strawberi.

Saya juga makan banyak sayur-sayuran walaupun sebelum ini, tak makan pun. Kalau dahulu, makan makanan yang tak sihat. Tapi demi anak, saya sanggup ubah gaya pemakanan, ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN