Tiket Wings ‘sold out’ dalam 15 minit, Awie akui sebak - Utusan Malaysia

Tiket Wings ‘sold out’ dalam 15 minit, Awie akui sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mencatatkan sejarah tersendiri apabila tiket konsert laris terjual dalam masa 15 minit, vokalis kumpulan Wings, Awie, mengaku berasa sebak dan terharu dengan sokongan yang ditonjolkan oleh peminat-peminat.

Menurut Awie, tiada kata yang dapat diungkapkan selain terima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak dalam usaha merealisasikan penganjuran konsert Wings yang bakal diadakan pada 15 Julai ini di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Alhamdulillah, syukur, itu saya yang mampu saya ucapkan. Terima kasih banyak-banyak kepada semua penyokong yang tak henti-henti menyokong Wings.

“Kalau ditanya tentang perasaan, sudah tentulah saya terlalu gembira.Tak terbayang dalam masa 15 minit tiket laris terjual untuk konsert kami di DFP. 

“Ini satu benda yang sihat dan satu kebangkitan muzik dalam Malaysia. Insya-Allah, kita akan cuba jadikan persembahan ini lebih menarik lagi dengan seleksi lagu-lagu yang memukau. Boleh dikatakan, ini adalah satu sejarah dalam hidup kami, kumpulan Wings,”katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects Sdn Bhd, Shirazdeen Karim juga bersetuju dengan pandangan Awie dan melihat situasi ini sebagai satu perkembangan yang sihat buat industri muzik tanah air.

“Sejujurnya saya memang menjangkakan bahawa tiket akan habis terjual melihatkan sokongan dan semangat peminat muzik tanah air terhadap konsert-konsert tempatan sekarang. 

“Tetapi, tidak menyangka ia akan terjual dalam masa 15 minit sahaja dan ini merupakan tanda bahawa industri muzik sedang berkembang sihat. Kita juga sedia maklum bahawa sokongan Sayap-sayap Wings sentiasa padu terhadap kumpulan kesayangan mereka, Wings.   

“Saya sangat berterima kasih atas sokongan peminat Wings yang sentiasa menyokong perjalanan muzik dan konsert-konsert Wings. Malah kami berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Wings yang merupakan kumpulan legenda tanah air,”katanya.

Selain itu, menurut Shiraz, dia juga melihat Wings memberikan komitmen yang sangat jitu dalam mempromosikan konsert ini.

“Komitmen mereka terhadap promosi dan perjalanan konsert ini juga sangat baik. Kami berharap agar dapat bekerjasama lagi dengan Wings serta penyanyi-penyanyi tempatan untuk menghasilkan persembahan yang terbaik dan diingati peminat-peminat. 

“Dalam pada itu, nantikan satu pengumuman dari pihak kami dan Wings dalam masa terdekat,”katanya.

Untuk info, Tiket konsert berkenaan dijual dengan harga RM650 (meet and greet), RM375 (Diamond) dan RM250 (platinum).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya