Saya pun bukanlah pelajar yang kerap dapat skor terbaik - Dira Abu Zahar - Utusan Malaysia

Saya pun bukanlah pelajar yang kerap dapat skor terbaik – Dira Abu Zahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas pelakon, Datuk Dira Abu Zahar mengakui dia bukanlah seorang pelajar yang kerap mendapat skor terbaik ketika di bangku sekolah.

Namun, Dira atau nama penuhnya Khaidhirah Abu Zahar, 38, berkata dia tidak pernah berputus asa dan cemerlang ketika menduduki Sijil Pendidikan Malaysia (SPM).

“Sejujurnya saya pun bukanlah pelajar yang kerap dapat skor terbaik. Biasa-biasa saja keputusan SPM. Saya dapatlah juga beberapa gred A itu.

“Namun saya tak pernah putus asa dan selalu berpegang pada cita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik,” ujarnya.

Dira berkata demikian di akaun Instagram miliknya ketika meninjau suasana keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sempang Bekoh, Jasin, Melaka.

Kata Dira lagi, beliautidak ambil pusing dengan pandangan orang apabila membuat keputusan untuk  menyambung pengajian dalam bidang perundangan.

“Saya ambil cabaran bila orang kata pada saya nak buat Law ini susah. Banyak kena baca, pekerjaan tak jamin masuk syurga dan macam-macam lagi tapi saya tak peduli.

“Kejayaan saya bukan ditentukan oleh mereka di luar sana. Hanya berkat dan doa emak dan ayah.

“Usaha yang tak pernah henti, doa dan tawakal sahaja saya yakin. Saya yakin, niat yang baik, Allah SWT akan bantu,” ujarnya.

Dalam coretan itu juga Dira melayangkan ucapan tahniah kepada yang berjaya sambil memberikan kata-kata semangat kepada pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang.

“Yang kurang atau tak capai sasaran, jangan risau, ini hanyalah permulaan kehidupan sebenar.

“Kepada semua anak-anak muda yang baru terima keputusan SPM, pergilah dan coraklah masa depan dengan sebaik-baiknya, berbuat baiklah. Semoga maju jaya!,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN