Saya masih single okey! - Ira Kazar - Utusan Malaysia

Saya masih single okey! – Ira Kazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seakan cuba memberitahu bahawa dia sedar namanya kini sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai gara-gara spekulasi menjadi tunangan Syamsul Yusof, Ira Kazar, memberikan sedikit petanda di Instagram Storiesnya (IGS) malam tadi.

Menerusi IGS tersebut, anak pelakon veteran, Kazar Saisi ini memaklumkan bahawa dirinya masih single buat masa ini.

“By the way, saya masih single okey!” katanya secara ringkas.

Sebelum berkongsi kenyataan itu, Ira dilihat baru selesai menonton filem berjudul Black Phone di sebuah pawagam.

Sambil berjalan keluar dari panggung, Ira membuat sedikit ulasan peribadi mengenai filem tersebut sebelum secara tiba-tiba memberi ‘hint’ tentang status dirinya kini.

Tindakan Ira itu tidak dinafikan, seakan mengena dengan situasi terkini yang mana, sehingga sekarang ramai sedang tertanya-tanya tentang kebenaran spekulasi hubungan antara dia dan Syamsul.

Semalam, bertebaran di media sosial mengenai satu hantaran di forum gosip mendakwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan Ira.

Menerusi perkongsian hantaran dan paparan skrin dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana itu, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya.

Selain itu, paparan skrin tersebut juga kemudiannya dikongsi oleh isteri Syamsul, pelakon, Puteri Sarah Liyana di Instagram Story (IGS) sambil menyatakan ucapan khas buat Syamsul.

“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.

Puteri Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan pengarah itu, malah mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya