Nak jadi insan baik kena dekati orang yang baik-baik - Asyraf Khalid - Utusan Malaysia

Nak jadi insan baik kena dekati orang yang baik-baik – Asyraf Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti media sosial dan usahawan, Asyraf Khalid, tidak menolak jika seseorang itu mahu terus memperbaiki diri menjadi seorang insan yang lebih baik, mereka haruslah berdampingan dengan orang yang juga baik-baik.

Menurut Asyraf, itu yang sedang cuba dilakukan olehnya dan peluang bertemu dengan ilmuan agama, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid semalam juga dianggap sangat bermanfaat.

“Syukur dapat banyak sangat Ilmu agama daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

“Terima kasih juga kepada ayah kerana membuka jalan untuk saya bertemu Habib Ali dan Alhamdullillah, semuanya dipermudahkan. 

“Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang-orang yang soleh. Kadang-kadang iman kita ni ada naik turun, tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita,” katanya.

Anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini berkata demikian semasa berpeluang meluangkan masa dengan tokoh agama tersebut di Yayasan Ar-Ri’ayah, Ampang, di sini, semalam.

Pada pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, Asyraf, 30,berkata, dia turut menyatakan hasrat menjadi anak murid habib Ali bagi membimbingnya ke arah agama yang lebih baik.

“Kalau dulu, saya ada seorang guru iaitu Abuya Habib Naufal dari Sukabumi, beliau yang banyak mengajar saya dalam bab agama dan adab, tapi Allah lebih sayangkan Abuya dan Allah ambil Abuya dulu. 

“Jadi selepas beberapa tahun saya tiada guru khusus bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali and saya punya permintaan pada Habib Ali adalah untuk menjadi anak murid beliau. 

“Dalam masa sama mahu beliau menjadi guru untuk membimbing saya ke arah agama,” katanya.

Asyraf juga pengasas produk minuman jamu Mutyara bersama isterinya pelakon Tya Ariffin berkata, pertemuan itu memberikan banyak pengajaran dan pengalaman baru buat dirinya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya