DJ Lin tak pernah ke luar negara kecuali ke Mekah tunai umrah - Utusan Malaysia

DJ Lin tak pernah ke luar negara kecuali ke Mekah tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyampai radio Suria FM, DJ Lin meluahkan rasa teruja apabila berpeluang melawat empat buah negara iaitu Denmark, Sweden, Britain dan Perancis selama 10 hari.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke negara berkenaan selain mengaku hanya pernah ke luar negara bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun 2010 dan 2012.

“Teruja sangat sebab sepanjang hidup saya hanya pergi luar negara ketika menunaikan umrah saja di Mekah dan Madinah. Itulah saja saya berpeluang pergi luar negara.

“Selepas itu memang tak ada. Tak sangka pula dah 23 tahun dalam dunia radio, sekali dapat pergi empat buah negara. Denmark, Sweden, Britain dan Perancis.

“Saya anggap ini adalah rezeki, satu perjalanan dapat empat negara terus. Bagi saya, sangat bersyukur dengan rezeki dan kenangan 2022,” katanya.

DJ Lin memaklumkan dia kini berada di MALMO MASSAN, Malmo Sweden untuk Persidangan Radio Eropah 2022 dan seterusnya akan berangkat ke Denmark, London dan Paris.

Persidangan tersebut menghimpunkan ramai penggiat, pengamal dan peneraju industri radio dari seluruh dunia.

Pelbagai pengisian dalam bentuk bual bicara dan perkongsian pengalaman berkenaan isu-isu yang berkaitan dunia radio dibincangkan selama tiga hari dari 15 hingga 17 Mei.

Dalam pada itu, penyampai radio berusia 46 tahun ini mengakui biarpun teruja namun dia tetap berasa gementar dan bimbang sekiranya tidak dapat pulang ke Malaysia.

“Memang gementar dan dalam pada masa sama, teruja sangat. Takut pun ya sebab tak dapat balik Malaysia, takut apa-apa jadi dekat kita.

“Sebab itu saya selalu minta pendengar Suria FM dan peminat doakan saya selamat pergi dan balik. Pulang ke Malaysia untuk sambung tugas di Suria Cinta,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya