Anakku Ziyad, besar nanti jangan baling duit macam Ayah ya! -Iqbal Zulkefli. - Utusan Malaysia

Anakku Ziyad, besar nanti jangan baling duit macam Ayah ya! -Iqbal Zulkefli.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli, berkongsi pengalaman menjadi seorang bapa kepada anak angkatnya yang diberi nama Ahmad Ziyad.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Hujan itu menerusi entri Instagram miliknya.

Menurut Iqbal, dia mendedahkan bukan mudah menjadi seorang bapa namun dirinya terus merujuk pihak yang lebih arif bagi meminta nasihat mengenai penjagaan bayi.

“Ahmad Ziyad dilahirkan pada 23 April 2022 bersamaan 22 Ramadan, 10.41 malam dengan berat 2.95 kilogram (Kg).Kini menjadi pemerhatian oleh banyak pihak. Apa pun saya terus rujuk meminta nasihat dari pihak yang lebih arif. Baru saya tahu tidak senang menjadi seorang ayah.

“Dua jam sekali Ziyad akan menangis terjaga untuk minum susu. Selepas habis menyusu terus tukar lampin,”tulisnya di Instagram.

Iqbal bagaimanapun menitipkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana bayi berkenaan tidak meragam dan gemar memberikan senyuman.

Selain itu, dia turut mengharapkan Ziyad menjadi seorang anak yang baik dan sekuat dirinya.

“Paling mencabar ketika mandikan bayi yang baru lahir. Saya bersyukur Ziyad langsung tiada ragam dan selalu senyum.Anakku Ziyad, besar nanti jangan baling duit macam Ayah ya. Cepat-cepat besar Ayah nak hantar kelas vokal supaya tak malu atas pentas nanti.

“Jadilah kuat sekebal Ayah. Ingat pesan ayah, jangan sesekali Google nama Ahmad Iqbal Zulkefli selagi Ayah masih hidup,” ujarnya.

Dalam pada itu, Iqbal sempat meminta orang ramai yang bergelar ibu bapa untuk memberi sedikit sebanyak petua dalam penjagaan bayi.

“Lagi apa nak tambah ya? Ibu-ibu dan bapa-bapa, tolong bagi petua atau saranan untuk bayi ya. Saudara semua bagi salam kepada Ziyad saudara baru kita,” tambahnya.

Sekadar informasi, usahawan tersebut sebelum ini berkongsi satu video di laman Instagram miliknya dia mengambil seorang anak angkat lelaki pada 30 April lalu.

Pun begitu, kata Iqbal, dia membuat keputusan untuk tidak mahu memisahkan Ahmad Ziyad dengan ibu kandungnya berikutan masih lagi menyusu badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya