Aida Bahaman pernah rasa tak layak jadi penyanyi - Utusan Malaysia

Aida Bahaman pernah rasa tak layak jadi penyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Biarpun telah melibatkan diri dalam bidang muzik sejak usia enam tahun, Aida Bahaman, 22, akui pernah merasakan diri tidak layak untuk menjadi penyanyi.

“Bila mula masuk dalam industri yang diminati, mesti akan ada perasaan untuk putus asa. Saya pernah rasa tak layak untuk menjadi penyanyi dan mempersoalkan kenapa tiada orang nampak saya walaupun sudah kerja keras? Suara saya ni tak sedap ke?

“Macam-macam soalan bermain dalam kepala, tetapi dengan dorongan dan sokongan keluarga serta kawan-kawan, saya teruskan juga perjuangan.

“Sokongan mereka memberi saya semangat walaupun memang sangat susah untuk dikenali dalam industri seni suara ini.

“Lagipun, saya lihat ramai juga artis lain yang bermula dari bawah sehingga dikenali ramai. Saya jadikan mereka sebagai motivasi,” katanya.

Berlatar belakangkan ahli keluarga pemuzik, Aida telah didedahkan untuk bermain alat muzik dengan menyertai kelas muzik seawal usia enam tahun lagi.

Antara alat muzik yang boleh dimainkan adalah violin, gitar, keyboard, kompang serta tamborin. Pada 2018, Aida mula melibatkan diri dengan persembahan awam busking di sekitar Kuala Lumpur sehingga sekarang.

Setakat ini, Aida Bahaman telah mengeluarkan beberapa single termasuk Melihat Kamu (2017), Video Raya (2020), Tak Ku Mampu (2021) dan yang terbaharu, Dia.

“Dia yang dilancarkan pada 18 Mac lalu itu adalah ciptaan komposer, Faez Farhan. Lagu yang berentak ballad ini mengisahkan tentang individu yang sudah hilang rasa untuk bercinta, tetapi setelah bertemu dengan seseorang, perasaan cinta itu tiba-tiba muncul semula.

“Setelah jatuh cinta, individu itu terus mengejar orang yang dicintai itu sehingga terlupa siapa diri dia yang sebelum ini.

“Ia berdasarkan kisah cinta Faez sendiri yang sekarang telah pun berkahwin dengan orang yang dia kejar itu.

“Muzik video Dia oleh ditonton di laman YouTube AABP dan lagu itu juga boleh didengari di semua platform digital,” katanya.

Bercakap mengenai cabaran dalam menghasilkan lagu terbaharunya itu, Aida memberitahu, lagu itu sukar untuk dinyanyikan kerana harus mempunyai emosi dan feel.

“Saya jenis susah untuk feel atau ada emosi bila menyanyi sesebuah lagu walaupun tahu perasaan sedih bila cinta tidak dibalas tu macam mana.

“Selepas diberi tunjuk ajar oleh cikgu vokal, saya mula belajar bagaimana mahu menguasai perasaan bila menyanyi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya