Ada yang sampai menangis... -Ezad Lazim. - Utusan Malaysia

Ada yang sampai menangis… -Ezad Lazim.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Ezad Lazim, tampil mendedahkan hal sebenar sementelah ada peminat yang bertanya mengenai keadaan wajahnya yang dilihat mengalami kecederaan pada bahagian pipi kiri.

Perkara tersebut didedahkan penyanyi lagu popular Jesnita itu menerusi hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.

Menurut Ezad, dia menerima banyak pesanan langsung (DM) bagi mengetahui punca sebenar keadaan wajahnya itu malah ada juga yang menzahirkan rasa sedih.

Namun begitu, penyanyi itu memaklumkan ia hanyalah kesan solekan bagi memenuhi karektor wataknya sebagai Husin menerusi naskhah terbaharu, 7 HariMencintaimu 3.

“Ramai jugak yang DM saya. Tanya kenapa dengan muka saya dan ada yang sampai menangis.

“Siap doakan saya cepat sembuh. Apa pun saya menghargai atas keprihatinan anda semua.

“Sebenarnya, ini adalah hasil solekan untuk karekter saya dalam drama #7harimencintaiku3,” coretnya di Instagram.

Mengulas lanjut, Ezad turut berkongsi karakter yang harus dipikulnya sepanjang pengambaran drama tersebut.

“Watak saya sebagai Husin, seorang suami yang ditimpa musibah hingga strok sebelah badan.

“Pada yang belum layan drama hebat ini, boleh saksikan di TV3 setiap hari jam tujuh malam,” ujarnya.

Sekadar informasi, drama 7 Hari Mencintaiku 3 memulakan tayangan di Slot Akasia, TV3 bermula 16 April 2022 lalu menggantikan Harith Fayyad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya