Balqis mohon Mia sara jangan ulangi kesilapan - Utusan Malaysia

Balqis mohon Mia sara jangan ulangi kesilapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas hangat dengan isu salah faham dan tersinggung didakwa tiada didikan agama, pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, hari ini tampil membuat satu kenyataan menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya.

Menurut Balqis, tindakan pelakon Mia Sara mendakwa dirinya tidak dididik dengan cara Islamik sejak kecil dianggap sebagai satu fitnah bukan sahaja kepada diri, tetapi terhadap keluarganya.

“Saya dengan ibu selama ini, buat hal sendiri dan tak pernah kacau hidup orang.Saya tersinggung dengan komen awak kepada orang ramai tentang saya yang tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga.

“Bagi saya, itu adalah satu fitnah besar bila awak bercakap tentang keluarga saya apalagi, hanya ibu sahaja yang saya ada dalam keluarga.

“Saya tak tunjuk cinta saya kepada Tuhan melalui gambar,tetapi saya tunjuk melalui doa. Tidak semua orang sedar mengenai hal itu,”katanya.

Selain itu, Balqis juga memohon maaf mengenai apa yang berlaku namun dalam masa yang sama meminta agar Mia tidak lagi mengulangi kesilapannya itu.

“Ikhlas dari hati, saya ingin memohon maaf kepada Mia Sara, Uncle Ridhuan (bapa Mia), juga kepada peminat dan penyokong awak.

“Tolong jangan ulangi apa yang telah awak lakukan ini. Saya harap kita semua dapat teruskan hidup masing-masing, terima kasih,”katanya.

Dalam pada itu, Balqis juga menyatakan rasa terima kasih kepada peminat-peminatnya yang telah memberikan sokongan buat dirinya termasuk memberikan kata-kata semangat.

“Biarlah orang menghakimi kita,biarlah mereka salah sangka dengan diri kita. Tak ada apa yang harus dibuktikan, teruskan membuat kebaikan,”katanya.

Semalam, berlaku konflik di mana Mia Sara didakwa menjawab persoalan netizen yang menyentuh mengenai kehidupan Balqis.

Mia memberikan jawapan di ruangan Tiktok agar jangan menyalahkan Balqis kerana dia tidak dibesarkan dengan cara hidup Islamik.

Bagaimanapun, pendapat tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang daripada pihak Balqis kerana beranggapan ia seolah-olah satu tindakan cuba memburukkan dirinya dan keluarga selain mengundang kecaman orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya