Tampil berniqab,Diana Amir segan nak kupas isu niqab ini - Utusan Malaysia

Tampil berniqab,Diana Amir segan nak kupas isu niqab ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Diana Amir, kini tampil dengan imej terbaharu iaitu berniqab selepas sedekad mengenakan hijab.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem popular 7 Petala Cinta itu menerusi entri Instagram miliknya.

Menurut Diana, dia mengakui segan untuk berbicara mengenai penampilan terbaharu kerana menyifatkan perubahannya itu masih dalam usaha untuk terus mendekatkan diri dengan agma

Dalam pada itu, dia meminta orang ramai dan para pengikutnya doakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.

“Sebenarnya saya segan nak mengupas isu niqab ini, kalau ada orang tanya saya hanya minta mereka doakan saya.

“Jadi, mohon sahabat-sahabat yang berhati mulia doakanlah saya yang banyak lagi hendak belajar ini diberi kefakihan agama, taufiq serta hidaya daripada Allah,

“Saya berharap semua yang berhati mulia doakan saya dan keluarga. Sesungguhnya hidup ini pentas ujian, semoga kita berjaya dan kembali kepadaNya dengan husnul khatimah,” katanya di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan doa buat pelakon itu agar terus istiqamah dalam mencari keredaan Allah.

“Amin, MasyaAllah semoga istiqamah. Saya sangat gembira melihat awak seperti ini,” komen pelakon Lufya.

“Semoga istiqamah hingga akhir hayat. Terima kasih kerana memberi inspirasi kepada kami,” komen juga seorang pengguna.

“MasyaAllah, hebat Diana. Semoga Allah kuatkan Diana untuk terus istiqamah berniqab sampai bila-bila. Amin,” tulis lagi seorang pengguna.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, Diana kelihatan memuat naik gambar pertama berniqab pada sekitar Oktober tahun lalu.

Terdahulu, dia mula berhijrah mengenakan hijab pada sekitar tahun 2011.

Sekadar informasi, Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A. Rahman pada tanggal 25 Oktober 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.