Tak akanlah saya nak salahkan takdir? - Zizan Razak - Utusan Malaysia

Tak akanlah saya nak salahkan takdir? – Zizan Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak mendedahkan dia pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin ketika berusia 25 tahun.

Namun, hasrat itu tidak tercapai lantaran Zizan atau nama sebenarnya, Muhd Razizan Abdul Razak, seringkali menemui kegagalan dalam hubungan percintaan.

“Tahun ini usia saya dah menjengah ke angka 38 tahun. Kalau ditanya bila nak kahwin, saya sebagai seorang lelaki tentunya mahu, Malah, sudah lama pun pasang hasrat itu, cuma asyik tak kesampaian.

“Saya pernah pasang hajat nak kahwin masa umur 25 tahun. Itu sasaran saya. Tapi bercinta pun asyik tak menjadi,”katanya.

Zizan berkata demikian semasa ditemui di majlis pra-pelancaran telemovie Rompak di ibu kota kelmarin.

Selain Zizan, telemovie itu turut dibintangi oleh Daiyan Trisha, Siti Khadijah, MK, Tony Eusof dan Chubb-E.

Sementara itu, kata Zizan, meski belum bertemu jodoh, dia tetap meletakkan kepercayaan kepada Yang Maha Esa kerana sedar ada banyak perkara lain yang wajar disyukuri.

“Bagi saya, itu kerja Allah. Kalau Allah tidak izinkan, saya terima saja. Takkan saya nak salahkan takdir. Saya berjalan dengan apa ada depan mata.

“Saya fikir kalau Allah tak beri rezeki jodoh, Allah beri rezeki lain. Tak ada sebab untuk saya rasa tidak bersyukur.

“Tapi apa pun, saya serah sahaja soal jodoh ini pada Tuhan selain kepada ibu saya, Anai Ibrahim,”katanya.

Dalam pada itu,pelakon filem Abang Long Fadil ini turut kesal dengan segelintir pihak yang kononnya menasihati agar tidak memilih wanita dalam kalangan selebriti.

“Saya betul-betul serahkan soal jodoh kepada ibu. Kalau ibu kata wanita itu okay, dan saya tengok dan rasa okay, kita kahwin.

“Saya tak kisah apa kerjaya wanita itu. Saya tahu, ada yang kata jangan cari artis. Kenapa artis hina ke? Sampai saya tak boleh kahwin dengan artis.

“Artis pun manusia juga.Seteruk mana pun orang itu, kita tak tahu pengakhirannya bagaimana. Jangan tegur orang seperti kita ini tiada dosa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya