Doakan saya’ -Ryzal Jaafar hidap jangkitan kuman dalam paru-paru. - Utusan Malaysia

Doakan saya’ -Ryzal Jaafar hidap jangkitan kuman dalam paru-paru.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Ryzal Jaafar terpaksa dikejarkan ke hospital apabila disahkan menghidap jangkitan kuman dalam paru-paru.

Menurut laporan sebuah portal tempatan, dia yang kini sedang dirawat di unit kecemasan Hospital Selayang selepas mengalami perubahan suhu badan mendadak terutama pada waktu malam.

Menjengah di entri Instagram, Ryzal mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas memuat naik satu video dengan mencoretkan satu kapsyen ringkas.

“Doakan saya,” tulisnya di Instagram.

Menerusi video tersebut, raut wajah pelakon drama popular Dunia Baru itu dilihat semakin cengkung dan perubahan badannya yang semakin susut.

Ryzal bagaimanapun masih tidak memaklumkan secara rasmi berhubung perkara berkenaan di platform media sosial.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis meniupkan kata semangat buat pelakon itu selain menitipkan doa agar diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

“Semoga kekal tabah dan dipermudahkan. Semoga cepat sihat,” komen pelakon Wan Sharmilla.

“Semoga kembali sihat sahabat,” komen juga pelakon Jozlynn.

“Ya Allah… kenapa ini? Semoga Allah memberi kesembuhan kepada sahabat ku ini,” komen pelakon Ashraf Muslim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.