KUALA LUMPUR: Pelakon, Bella Astillah bersyukur apabila suaminya, Aliff Aziz berjaya mara ke peringkat separuh akhir program Gegar Vaganza kelapan.
Menerusi perkongsian hantaran di akaun Instagram, Bella tidak menafikan meski sudah melakukan yang terbaik, pasti ada sahaja yang tidak senang.
“Buat yang terbaik pun ada yang tak suka apatah lagi kalau ada tersilap. Lumrah kehidupan.
“Kita tidak akan dapat puaskan hati orang. Usah layan dan teruskan perjalanan. Rezeki Allah S.W.T sudah susun dan tetapkan, kita hanya menjalani.
“Yang penting setiap lagu yang awak (Aliff) dapat, awak buat dengan ikhlas dan jujur ya,” coret Bella.
Sementara itu, di akhir coretan berkenaan, Bella berharap suaminya diberikan lagu yang mencabar walaupun kemungkinan ada yang beranggapan sebaliknya.
“Saya harap sangat awak dapat lagu Tamil atau opera. Tapi kalau awak boleh nyanyi nanti orang kata senang juga,” ujar Bella lagi.