MENGENALI lelaki ini, dia seorang yang cukup tenang. Jiwanya tidak mudah diusik rasa marah dan galau. Dia seorang yang sangat pandai menyimpan segala rasa hati supaya tidak tersurat di raut wajahnya. 26 tahun dalam industri bukan satu jangka masa yang pendek. Hanya enam tahun bezanya jika diukur dengan umur saya. Dia sudah ‘lama’ dalam industri. Bersatu dengan seni melalui caranya tersendiri. Mungkin di mata segelintir Datuk Fazley Yaakob hanyalah seorang…