Siap warning artis dan kru jangan berkokok! - Adam Shahz - Utusan Malaysia

Siap warning artis dan kru jangan berkokok! – Adam Shahz

ADAM turut mendedahkan bahawa pelakon dan kru juga diarahkan untuk menutup mulut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Adam Shahz kesal dengan tindakan sebuah syarikat produksi yang tidak menghentikan penggambaran meskipun sebilangan besar krunya dijangkiti Covid-19.

Bukan itu sahaja, dedah Adam lagi, kru dan artis turut diberi amaran agar tidak mendedahkan perkara itu kepada umum.

“Sudah separuh kru positif tapi masih teruskan shoot (penggambaran) ya. Siap warning (keluar amaran) artis dan kru jangan berkokok!” tulisnya di Facebook, semalam.

Namun, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani tidak mendedahkan identiti syarikat produksi berkenaan.

Dalam pada itu, Adam menerusi Instastorynya menjelaskan bahawa dia tidak bekerja dengan syarikat produksi berkenaan.

Katanya, perkara itu berlaku kepada kru dan artis yang bekerja dengan syarikat berkenaan.

“Untuk makluman semua, saya tidak shoot atau bekerja dengan syarikat produksi tersebut.

“Benda ini terjadi kepada kawan-kawan kru dan artis yang bekerja dengan mereka,” tulisnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN