Kenapa kena mengamuk ya? - Utusan Malaysia

Kenapa kena mengamuk ya?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau sebut nama pelakon lelaki seorang ini, semua kenal. Walaupun dia bukan pelakon nombor satu negara (sebab banyak lagi lebih hebat), cuma dia ini boleh dikategorikan sebagai popularlah.

Kisahnya, ada seorang rakan media Poklip cuba menghubungi pelakon ini untuk mendapatkan komen. Bukan menjawab kontroversi pun, sekadar mendapatkan pandangan tentang sesuatu isu.

Hendak dijadikan cerita, apabila si polan itu menghubungi, pelakon itu segera angkat. Tetapi belum sempat si polan itu mengutarakan soalan, pelakon itu sudah bikin amukan puaka. Tiba-tiba melenting.

Terkejut beruk kawan Poklip. Soalan belum ditanya sudah dimarah. Eh apa masalah pelakon itu kan.

Jerit pelakon itu, dia sedang sibuk. Tak mahu menjawab sebarang soalan.

Amboi, kasar betul bualnya. Orang itu belum mula tanya soalan, cuma memperkenalkan diri sudah kena maki. Tak baik buat begitu. Awak bukan sehari dua jadi artis ya. Tak ada rasa hormat ke?

Kalau tak mahu jawab sebarang soalan, jangan angkat telefon. Kalau kata sibuk sangat pun, boleh cakap baik-baik. Tak perlu melenting macam orang minta hutang. Kasar sangat bualnya itu.

Bukan apa, kadang-kadang Poklip tak faham. Kalau kita hendak tanya pasal kontroversi, kena marah. Nak tanya soal pandangan umum pun kena marah. Memang kaki marah kot? Seriau!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya