fbpx

Saya patut bersuara isu air Kelantan – Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Apabila pelakon dan selebriti usahawan, Fizo Omar, 36, meluahkan kekecewaan mengenai isu air di Kelantan, ramai kalangan pengikut dan peminatnya yang mungkin berasal daripada negeri yang sama berkongsi pendapat yang sama dengannya.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, menyentuh mengenai perkara itu dengan memuat naik satu video yang memaparkan dia sedang membuka paip air namun keruh dan berwarna coklat berkarat.

“Bukan nak merungutlah. Tetapi sebagai rakyat, saya rasa patut saya bersuara tentang kualiti air di Kelantan.

“Dan isu ini bukan baru hari ini. Sudah bertahun dah macam ini. Isu air ini adalah keperluan harian dan tiada pilihan lain selain dari air paip kerajaan,”katanya.

Selain itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga mengaku tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak namun menerusi hantaran di media sosial itu, ia adalah satu usaha untuk menyedarkan pihak atasan supaya segera bertindak menangani isu.

“Kepada mana-mana pihak yang berkaitan, saya mohon maaf sekiranya hantaran ini membuatkan mana-mana pihak tidak selesa. Tetapi ini adalah hakikatnya!

“Diharap suara saya ini didengar dan diambil tindakan untuk kebaikan semua rakyat Kelantan,”katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dengan ada antaranya menyifatkan Fizo berani melontarkan isu yang serius dan telah membelenggu rakyat Kelantan sejak sekian lama itu.

“Setuju dengan Fizo bab air Kelantan ini. Dilema kalau masa balik kampung bila sampai masa nak gosok gigi terutamanya. Air bau selut dan bau karat,” kata pengguna akaun Fizanordin.

“Dari dulu sampai sekarang, masalah air tak selesai-selesai. Balik Kelantan saja mesti stres dengan ketiadaan air.Kadang-kadang, berkarat. Nak mandi kena pergi rumah atok. Nak basuh kain kena pergi dobi kalau tidak, habislah baju kotor kena air karat. Masa nak gosok gigi atau ambil air wuduk pun geli bila nak berkumur,” tulis pengguna akaun haluseshahalam.

“Tak larat nak mengadu dah abang Fizo…Nasib baiklah rumah saya uini guna air telaga. Air kerajaan buat jirus pokok dan basuh kereta saja. Itu pun jarang-jarang. Tapi setiap bulan tetap kena bayar RM4.50 walaupun tidak digunakan,” luah pengguna akaun Miera_rahim.

POPULAR

KOSMO! TERKINI